CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kisah Manja

Sunday, June 27, 2010

Setelah sekian lama tiada pOst terbaru,tiba-tiba je terigin nak kOngsi satu cerita...
kisah ni kisah benar...cerita seorang baby yang cOmel....kalau perasan la..gambar ni adalah gambar prOfile saya...tapi AWAS!!jangan sesekali fikir bahawa baby ni adalah saya waktu dahulu..saya tidaklah secOmel ini..gambar baby ni bukan saya search dalam gOogle....tapi saya memang kenal dia..

Nama sebenar dia adalah Nur Fitri Zulaikha Binti Salam...tapi mak dia panggil MANJA..memang manja...dia manja ngan semua orang...umur lebih kurang 4 tahun dah sekarang.dah masuk tadika dah..




tapi apakah cerita disebalik baby yang cOmel ini...sedihkah???gembirakah???

kalau kita bOleh tengok.disebalik keriangan dan kesenyumannya,ketahuilah dia adalah seorang anak yatim yang tidak mempunyai ayah...bayangkan dia kehilangan ayah kandungnya semasa berusia 4 bulan...mak nagn abahnya dah berusaha selama 9 tahun lebih kurang untuk mendapatkannya selapas abangnya yang kini berada di tingkatan 3..mereka hanya 2 beradik...Allah telah mengurniakannya tetapi telah mengambil ayahnya...


tidak sempat untuk bermanja-manja,bermain-main ngan ayahnya,ayahnya telah dijemput mengadap Ilahi...setelah habis tempoh pantang,dia diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga kerana ibunya terpaksa menjaga ayahnya yang mengidap penyakit jantung di hospital..

cuba bayangkan di waktu kita menikmati susu ibu dan belaian ibu sepanjang masa tapi dia???bukan sahaja ibu ibu malah ayah juga???ibunya berulang alik dari hospital selam lebih kurang 3 bulan dan akhirnya ayahnya pergi meninggalkan mereka tiga beranak meneruskan hidup..

sekarang ibunya lah tunggak keluarga...ibunya lah yang mencari rezeki...mereka bukan orang senang...diwaktu usianya belum mencapai setengah tahun lagi,dia dibawa ke tempat kerja ibunya...mengambil upah membersihkan ikan...nak ambil penjaga bayi,terpaksa membayar upah plak...

dia sudah merasai pelbagai kesusahan bersama ibunya...abangnya pulak,lepas habis sekolah mengambil upah menjaga kambing dang kadang2 menbersihkan ikan juga...walaupun begitu,kehidupan mereka cukup tetapi tidaklah seperti kita...




dan yang paling menbuatkan saya sebak....
suatu hari,"mak,manja nak buku Ben 10,nak cOlour Ben 10, nak pensel Ben 10..."xtahu la kenapa dia minat Ben 10 tetapi bukan Barbie ke...apa ke??yang standard budak perempuan minat...jawab maknya"ok, tapi manja kena tunggu mak dapat kerja dulu,mak dapat gaji dulu...bru mak beli ye..."manja senyap je...saya sebak...kenapa x nak beli...bukan mahal sangat pun...

ye!!memang x mahal pun...setakat buku,pensel nagn pensil warna...mak dia mampu lagi nak beli...tapi nak katanya dari kecil lagi dia sudah diajar untuk hidup berjimat...untuk hidup tidak berlandaskan nafsu...jauh bezanya sangat2 denagn kita...abah nak itu..abah nak ini...semuanya abah belikan...bukan nak salahkan abah tapi itu adalah normal...tapi apa yang kita buat setelah besar sedikit..akan memberontak apabila keinginan x diikuti..

walaupun usianya baru mencecah setahunjagung,dia sudah tahu dia tidak mempunyai ayah...dia tahu ayahnya telah meninggal...tapi semestinya dia tidak tahu apa ertinya mati tu,kan??maknya selalu bawak dia dan abangnya menziarahi pusara ayahnya...sampaikan satu hari tu,saya bersama dia...apabila melintasi kawasan perkuburan di mana ayahnya disemadikan,tiba-tiba dia melambaikan tangannya kearah perkuburan...saya agak terkejut pada mulanya...saya tanya padanya ,"manja lambai sapa???..."dengan senyuman manis,dia menjawab,"manja lambai abah Salam..."...terkesima dan bergenang air mata saya pada masa tu..

apa yang saya cuba sampaikan adalah hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup.tidak semua orang beruntung macam kita...mereka masih disamping kita...mendengar segala masalah kita..

SELAMAT HARI BAPA!!!

memang hari bapa dah lepas,tapi bagi saya,setiap hari adalah hari bapa...jangan la tiba hari bapa baru kita nak ucap,bru nak bagi hadiah...tapi setiap hari kita kena ucap..kena bagi hadiah...hadiah yang dimaksudkan adalah bukan dalam bentuk material semata-mata...

jadilah anak yang sOleh dan solehah kepada ibu dan bapa kita...hadiahkan lah kejayaan kita kepada mereka...kerana tiada hadiah yang lebih berharga untuk mereka melainkan kegembiraan anak-anak...


Wassalam...

3 komen:

  1. Anonymous said...:

    erm....
    terkesima aku...

  1. NR said...:

    sebak.. banyak yg kita boleh belajar dari budak 4 tahun ni.. moga rahmatNya sentiasa memayungi hidupmu Manja...

  1. memang banyak benda yang kita dapat belajar dari dia..dalam umur 4 tahun je baru,pengalamannya melebihi ak yang sudah hidup hampir 20 tahun ni..dia memang tabah..walaupun dia tak tahu apa2 pun,tapi sedikit sebanyak dia faham.mana ayah dia??dia mesti sedar semua ni...rindu manja!!!!

Post a Comment