CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Masjid al-Aqsa dalam bahaya

Friday, June 18, 2010
Pada tahuan 1968 persatuan zionis telah mengumumkan penggabungan antara Bandar al-Quds timur dengan bandar al-Quds barat. Dan menjadikannya Bandar yang disatukan.  pada tahun 1980 pula mereka juga telah mengumumkan bahawa Bandar al-Quds yang telah disatukan ini ialah Bandar yahudi yang kekal. Dan dimulakan dengan kerja kerja mengubah al-Quds timur sebagai pusat yahudi dengan secara beransur.


Diantara kerja mereka ialah:

1.         Membakar masjid al-Aqsa pada pagi hari khamis 21/08/1969

2.         Menggali trowong secara berterusan dibawah halaman masjid dan kawasan kawasan sekelilingnya, dengan alasan mencari haikal sulaiman yang didakwa. Dan kerja kerja ini lama kelamaan akan menyebabkan runtuhnya masjid al-Aqsa.

3.         Membina perumahan di Bandar dan perkampungan disekeliling al-Quds, dengan merampas tanah hak milik rakyat Palestin umumnya dan penduduk Bandar al-Quds secara khusus. Serta merobohkan tempat tinggal rakyat palestin. Dalam masa yang sama memberi kebenaran kepada yahudi untuk membina rumah.

4.         Melakukan pembunuhan  beramai-ramai di Bandar al-Quds. Termasuk dalam masjid al-Aqsa, kubah sakhrah, haram ibrahimi di Bandar al-khalil dan lain lain.

5.         Usaha berterusan untuk menghalau peduduk asal dari Bandar al-Quds, sehingga yahudi menjadi majoriti penduduk di Bandar ini. Untuk itu mereka telah merampas kerakyatan rakyat palestin, dan mengenakan cukai yang dahsyat keatas mereka, serta tidak memberi apa apa kemudahan hidup kepada mereka.

7.         Membina pagar dikeliling Bandar al-Quds, dan juga disekeliling tanah palestin, sehingga negara palestin menjadi seperti penjara tertutup, supaya yakyat palestin tidak dapat bersatu, kenal mengenal, tolong menolong. Dan juga untuk mengasingkan Bandar al-Quds dari segala Bandar dan perkampungan lain di Palestin.

7.         Melarang penduduk arab dari menghampiri Bandar al-Quds dan menghalang mereka dari solat dalam masjid al-Aqsa.

8.         Mengenakan pelbagai syarat untuk memasuki masjid al-Aqsa. Seperti menentukan had umur yang tertentu bagi jemaah yang ingin masuk terutama dihari jumaat, sehingga ramai pemuda palestin terpaksa solat di jalan raya.

9.         Menutup sejumlah organisasi organisasi arab dan Islam di Bandar al-Quds, terutamanya organisasi akademik dan masyarakat.

10.       Membuat perancangan membina “Bandar al-Quds terbesar” dengan merampas tanah penduduk arab di Palestin…  dan kerja ini sangat bahaya kerana ianya bertambah luas sehari demi sehari.

11.       Melakukan pembunuhan yang kejam keatas rakyat palestin, serta menahan sebilangan yang besar pemuda palestin di Bandar al-Quds dan perkampungan disekeliling. Sehingga penduduk merasa gerun dan takut.

12.       Menyebarkan unsur unsur yang dapat memusnahkan pemuda, seperti dadah dan lain lain.

0 komen:

Post a Comment