CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

“ Saya membantah pemberhentian sekatan ke atas Gaza!!”-Abbas

Wednesday, June 16, 2010


Pemimpin2 eropah sibuk nak minta bukak sekatan..tp pemimpin satu akidah??satu agama??
Demi takhta sanggup gadaikan agama dan bangsa,pada yahudi… adakah layak pemimpin ini diterima oleh umat Islam?Tetakutannya adalah kerna cinta kepada dunia serta taksub pada kuasa.nie lah kepentingan duit sanggup menjual daging saudara kepada musuh Allah dan musuh islam. Ni la sebenarnye pengkhianat & talibarut Yahudi tu..

Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.

Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.

Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”.

Insyaallah Allah akan bersama org yg berjuang di jalan Allah

Salam perjuangan buat semua..

Sumber:[klik sini]

1 komen:

  1. Anonymous said...:

    salam..
    nce psting,,,

Post a Comment