CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kisah Manja

Sunday, June 27, 2010

Setelah sekian lama tiada pOst terbaru,tiba-tiba je terigin nak kOngsi satu cerita...
kisah ni kisah benar...cerita seorang baby yang cOmel....kalau perasan la..gambar ni adalah gambar prOfile saya...tapi AWAS!!jangan sesekali fikir bahawa baby ni adalah saya waktu dahulu..saya tidaklah secOmel ini..gambar baby ni bukan saya search dalam gOogle....tapi saya memang kenal dia..

Nama sebenar dia adalah Nur Fitri Zulaikha Binti Salam...tapi mak dia panggil MANJA..memang manja...dia manja ngan semua orang...umur lebih kurang 4 tahun dah sekarang.dah masuk tadika dah..




tapi apakah cerita disebalik baby yang cOmel ini...sedihkah???gembirakah???

kalau kita bOleh tengok.disebalik keriangan dan kesenyumannya,ketahuilah dia adalah seorang anak yatim yang tidak mempunyai ayah...bayangkan dia kehilangan ayah kandungnya semasa berusia 4 bulan...mak nagn abahnya dah berusaha selama 9 tahun lebih kurang untuk mendapatkannya selapas abangnya yang kini berada di tingkatan 3..mereka hanya 2 beradik...Allah telah mengurniakannya tetapi telah mengambil ayahnya...


tidak sempat untuk bermanja-manja,bermain-main ngan ayahnya,ayahnya telah dijemput mengadap Ilahi...setelah habis tempoh pantang,dia diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga kerana ibunya terpaksa menjaga ayahnya yang mengidap penyakit jantung di hospital..

cuba bayangkan di waktu kita menikmati susu ibu dan belaian ibu sepanjang masa tapi dia???bukan sahaja ibu ibu malah ayah juga???ibunya berulang alik dari hospital selam lebih kurang 3 bulan dan akhirnya ayahnya pergi meninggalkan mereka tiga beranak meneruskan hidup..

sekarang ibunya lah tunggak keluarga...ibunya lah yang mencari rezeki...mereka bukan orang senang...diwaktu usianya belum mencapai setengah tahun lagi,dia dibawa ke tempat kerja ibunya...mengambil upah membersihkan ikan...nak ambil penjaga bayi,terpaksa membayar upah plak...

dia sudah merasai pelbagai kesusahan bersama ibunya...abangnya pulak,lepas habis sekolah mengambil upah menjaga kambing dang kadang2 menbersihkan ikan juga...walaupun begitu,kehidupan mereka cukup tetapi tidaklah seperti kita...




dan yang paling menbuatkan saya sebak....
suatu hari,"mak,manja nak buku Ben 10,nak cOlour Ben 10, nak pensel Ben 10..."xtahu la kenapa dia minat Ben 10 tetapi bukan Barbie ke...apa ke??yang standard budak perempuan minat...jawab maknya"ok, tapi manja kena tunggu mak dapat kerja dulu,mak dapat gaji dulu...bru mak beli ye..."manja senyap je...saya sebak...kenapa x nak beli...bukan mahal sangat pun...

ye!!memang x mahal pun...setakat buku,pensel nagn pensil warna...mak dia mampu lagi nak beli...tapi nak katanya dari kecil lagi dia sudah diajar untuk hidup berjimat...untuk hidup tidak berlandaskan nafsu...jauh bezanya sangat2 denagn kita...abah nak itu..abah nak ini...semuanya abah belikan...bukan nak salahkan abah tapi itu adalah normal...tapi apa yang kita buat setelah besar sedikit..akan memberontak apabila keinginan x diikuti..

walaupun usianya baru mencecah setahunjagung,dia sudah tahu dia tidak mempunyai ayah...dia tahu ayahnya telah meninggal...tapi semestinya dia tidak tahu apa ertinya mati tu,kan??maknya selalu bawak dia dan abangnya menziarahi pusara ayahnya...sampaikan satu hari tu,saya bersama dia...apabila melintasi kawasan perkuburan di mana ayahnya disemadikan,tiba-tiba dia melambaikan tangannya kearah perkuburan...saya agak terkejut pada mulanya...saya tanya padanya ,"manja lambai sapa???..."dengan senyuman manis,dia menjawab,"manja lambai abah Salam..."...terkesima dan bergenang air mata saya pada masa tu..

apa yang saya cuba sampaikan adalah hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih hidup.tidak semua orang beruntung macam kita...mereka masih disamping kita...mendengar segala masalah kita..

SELAMAT HARI BAPA!!!

memang hari bapa dah lepas,tapi bagi saya,setiap hari adalah hari bapa...jangan la tiba hari bapa baru kita nak ucap,bru nak bagi hadiah...tapi setiap hari kita kena ucap..kena bagi hadiah...hadiah yang dimaksudkan adalah bukan dalam bentuk material semata-mata...

jadilah anak yang sOleh dan solehah kepada ibu dan bapa kita...hadiahkan lah kejayaan kita kepada mereka...kerana tiada hadiah yang lebih berharga untuk mereka melainkan kegembiraan anak-anak...


Wassalam...

ROGOL!!!!MasyaAllah.

Monday, June 21, 2010
“Sebuah kisah benar. Abang mereka hanya melihat sahaja adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan mereka sendiri!!”

3 Buah Masjid

Friday, June 18, 2010
  Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah:
i. Masjidil Haram di Mekah
ii. Masjid Nabi di Madinah
iii Masjidil al-Aqsa di Palestin.


 Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:


i) Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.

ii) Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.

iii) Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.

Masjid al-Aqsa dalam bahaya

Pada tahuan 1968 persatuan zionis telah mengumumkan penggabungan antara Bandar al-Quds timur dengan bandar al-Quds barat. Dan menjadikannya Bandar yang disatukan.  pada tahun 1980 pula mereka juga telah mengumumkan bahawa Bandar al-Quds yang telah disatukan ini ialah Bandar yahudi yang kekal. Dan dimulakan dengan kerja kerja mengubah al-Quds timur sebagai pusat yahudi dengan secara beransur.


Diantara kerja mereka ialah:

1.         Membakar masjid al-Aqsa pada pagi hari khamis 21/08/1969

2.         Menggali trowong secara berterusan dibawah halaman masjid dan kawasan kawasan sekelilingnya, dengan alasan mencari haikal sulaiman yang didakwa. Dan kerja kerja ini lama kelamaan akan menyebabkan runtuhnya masjid al-Aqsa.

3.         Membina perumahan di Bandar dan perkampungan disekeliling al-Quds, dengan merampas tanah hak milik rakyat Palestin umumnya dan penduduk Bandar al-Quds secara khusus. Serta merobohkan tempat tinggal rakyat palestin. Dalam masa yang sama memberi kebenaran kepada yahudi untuk membina rumah.

4.         Melakukan pembunuhan  beramai-ramai di Bandar al-Quds. Termasuk dalam masjid al-Aqsa, kubah sakhrah, haram ibrahimi di Bandar al-khalil dan lain lain.

5.         Usaha berterusan untuk menghalau peduduk asal dari Bandar al-Quds, sehingga yahudi menjadi majoriti penduduk di Bandar ini. Untuk itu mereka telah merampas kerakyatan rakyat palestin, dan mengenakan cukai yang dahsyat keatas mereka, serta tidak memberi apa apa kemudahan hidup kepada mereka.

7.         Membina pagar dikeliling Bandar al-Quds, dan juga disekeliling tanah palestin, sehingga negara palestin menjadi seperti penjara tertutup, supaya yakyat palestin tidak dapat bersatu, kenal mengenal, tolong menolong. Dan juga untuk mengasingkan Bandar al-Quds dari segala Bandar dan perkampungan lain di Palestin.

7.         Melarang penduduk arab dari menghampiri Bandar al-Quds dan menghalang mereka dari solat dalam masjid al-Aqsa.

8.         Mengenakan pelbagai syarat untuk memasuki masjid al-Aqsa. Seperti menentukan had umur yang tertentu bagi jemaah yang ingin masuk terutama dihari jumaat, sehingga ramai pemuda palestin terpaksa solat di jalan raya.

9.         Menutup sejumlah organisasi organisasi arab dan Islam di Bandar al-Quds, terutamanya organisasi akademik dan masyarakat.

10.       Membuat perancangan membina “Bandar al-Quds terbesar” dengan merampas tanah penduduk arab di Palestin…  dan kerja ini sangat bahaya kerana ianya bertambah luas sehari demi sehari.

11.       Melakukan pembunuhan yang kejam keatas rakyat palestin, serta menahan sebilangan yang besar pemuda palestin di Bandar al-Quds dan perkampungan disekeliling. Sehingga penduduk merasa gerun dan takut.

12.       Menyebarkan unsur unsur yang dapat memusnahkan pemuda, seperti dadah dan lain lain.

“ Saya membantah pemberhentian sekatan ke atas Gaza!!”-Abbas

Wednesday, June 16, 2010


Pemimpin2 eropah sibuk nak minta bukak sekatan..tp pemimpin satu akidah??satu agama??
Demi takhta sanggup gadaikan agama dan bangsa,pada yahudi… adakah layak pemimpin ini diterima oleh umat Islam?Tetakutannya adalah kerna cinta kepada dunia serta taksub pada kuasa.nie lah kepentingan duit sanggup menjual daging saudara kepada musuh Allah dan musuh islam. Ni la sebenarnye pengkhianat & talibarut Yahudi tu..

Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.

Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.

Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”.

Insyaallah Allah akan bersama org yg berjuang di jalan Allah

Salam perjuangan buat semua..

Sumber:[klik sini]

jOm bOikOt facebook!!!

Tuesday, June 15, 2010
Sudah lama berita penghinaan Nabi Muhammad SAW di Facebook. Adakah umat Islam kita masih mengingatinya...Masihkah ada orang yang mengmbil berat??masihkah??Dan adakah oarang yang x tahu apa-apa langsung???Pada asalnya aku meragui yang Facebook lah dalangnya.Beginilah kisahnya secara ringkas. Seorang yang tidak diketahui identitinya telah mendaftarkan profil peribadi di Facebook dengan menamakan ‘Everybody Draw…….Day’. Hmm, aku juga terlalu sensitif nak ceritakan. 20 Mei dipilih sebagai tarikh mereka untuk tujuan itu. Berpuluh-puluh ribu orang kafir dan atheis menyertai profilnya. Bersempena ‘tarikh jahanam’ itu, ramai-ramai penyokongnya dalam Facebook akan mengedit dan melukis gambar penghinaan beramai-ramai dan hantar ke profil tersebut. Sungguh membencikan. Sehingga pada tarikh sehari sebelum 20 Mei, akaun peribadi si jahanam itu telah digodam dan di’hack’ sehingga tidak dapat di’access’ sendiri oleh pemegangnya. Barangkali orang yang memprotes tindakannya. Lantas, apa kaitannya dengan Facebook? Hah di sinilah Facebook memainkan peranan.Peranannya:

1.  Facebook melarang pengguna-pengguna akaun dari meletak gambar-gambar dan profil yang berunsurkan menyentuh sensitiviti agama, lucah dan sebagainya. Buktinya, lihat sahaja syarat-syarat mendaftar akaun Facebook (jika korang dapati tiada terdapat syarat tersebut, aku yakin dengan penuh iktiqad yang mereka sendiri telah hilangkannya). Namun, Facebook menghalalkan pula tindakan mereka menghina Islam ini. Aneh!!

2. Facebook mengehadkan jumlah friends dan fans bagi pengguna-pengguna percuma. Namun, yang anehnya profil si jahanam ini friendsnya sudah melebihi ratusan ribu tanpa perlu membuat akaun baru!!

3. Akaun si jahanam ini telah berjaya di’hack’ dan dihapuskan, namun dengan mudahnya Facebook mengembalikan semula profilnya siap beserta dengan jumlah friends yang ada tanpa mengubah sedikit pun data-data profilnya, malah Facebook berjaya mengesan penceroboh akaun si jahanam tersebut lalu menutup dan menghapuskan akaun Facebooknya…sungguh aneh!!

4. Banyak status-status mesej dari si jahanam ini yang berterima kasih kepada Facebook kerana banyak membantunya. Jelas terang lagi bersuluh!!!

Aku berpendapat pemilik akaun ini juga dari kalangan mereka. Yakni musuh Allah laknatullah yahudi penghuni neraka itu juga. Segalanya telah dirancang dengan sistematik. Mereka sengaja ingin melihat reaksi orang ramai, lebih-lebih lagi orang Islam di seluruh dunia yang keras menentang tindakan mereka yang terkutuk itu. Di samping melihat reaksi kita sebagai umat Islam yang membantah, mereka sajikan kita dengan hiburan-hiburan yang tak henti-henti. Inilah muslihat mereka! Disebabkan itu, lihat sahajalah berapa ramai umat Islam yang sanggup turun berdemonstrasi untuk membantah penghinaan itu. Berapa ramai yang betul-betul ambil berat penghinaan nabi? Berapa ramai yang sanggup mendelete akaun Facebook demi memboikot tindakan penghinaan tersebut? MALAH berapa ramai yang bahkan tahu tentang berita penghinaan ini????????!!!!!!!!

Mimpi bertemu Rasulullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

Debu-Debu Dosa

Saturday, June 12, 2010

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia

Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri

Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti

Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui

Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

kalimah ALLAH di kasut CROCS~!

mungkin kebetulan??

mungkin agenda yahudi??

mungkin tiada kena mengena??

tapi sejarah ini pernah berlaku....

masih ingt kalimah ALLAH di kasut NIKE suatu ketika dahulu??

masih ingat jika COCA COLA dilihat melalui CERMIN...




ia akan membawa maksud...

LA MECCA ,LA MUHAMMAD..

-TIADA MEKAH, TIADA MUHAMMAD...

kite seharusnya sensitive kerana

YAHUDI akan masuk dalam apa sahaja cara

secara sedar atau tidak sedar bagi menyesatkan

umat islam..


sekali imbas....logo CROCS sangat cute bukan??

KANAK2 sangat menyukainya...

dan kerana ANAK2...ibu bapa sanggup blanje apa sahaja...

tapi jika kita pikir...

AGENDA YAHUDI sangat bijak....

mereka masuk dari segala aspeK kehidupan...

anda masih ingat

PERSEMBAHAN JUARA LAGU TAHUN LEPAS??

BAGAIMANA KISAH

THE LADY IN RED,

BENTUK TAPAK CHESS ,

SEGITIGA BERSAMA SATU MATA,

INI SEMUA AGENDA FREEMASON YG BERJAYA MENYELINAP DI MALAYSIA.


sekarang

kita lihat gambar ini...






-POSISI BIASA-






-KITA PUSING BEBERAPA DARJAH-







-ANDA NAMPAK???-


mungkin bg anda kita jgn terlalu taksub,

kita jgn terlalu berfikiran cetek,

jgn mudah sensitive,

TAPI INGAT,

YAHUDI tidak pernah berhenti menyesatkan umat islam

memburukan umat islam,

dan mereka berjanji sejak zaman nabi lagi,

MEREKA AKAN MEMERANGI DAN MASUK KEDALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN BAGI MENGHANCURKAN UMAT ISLAM.

credit to: ryanryzal

Saat Indah Awal Perkahwinan

Monday, June 7, 2010
Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....

Sila baca dari bawah keatas

moralnya:

Janganlah kita terlampau mempercayai lelaki yang bukan muhrim kita sehingga kita kahwin dengannya...
eh,tapi dialog ni berlaku lepas kahwin...hehe..ntahlah..

tapi renung2kanlah...

Rahsia Naluri Wanita


Rahsia naluri wanita..betul ke ni???btul la kOt kan???

saya pun wanita..jadi,bila baca entry ni,rasanya ada yang benar jugak..99% betu la..
sebenarnya ada 30 rahsia tapi saya pOst sepuluh2 la..xde panjang sgt..
sebenarnya,bkan saya yang reka sendiri entry ni ek..tp x tau cOpy dari mana..
apapun,hayatilah:


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai
wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah
buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia
sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
ni lansung tak berguna.

Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain

Sunday, June 6, 2010
Isteriku ,

jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

*** Balasan Puisi sang isteri***


Suamiku,

andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .

Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
mengerti...

Cuba lihat siapa dirimu...

MATAHARI atau lilin ?

atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

Oh, please lah....!!!


NAK KAWIN LAIN KONON!!!

Qunut Nazilah

Pelbagai cerita yang kita dengar tentang penindasan umat Islam di Palestin.Semakin hari,semakin teruk.jadinya,marilah kita amalkan bacaan doa Qunut Nazilah agar umat Islam seluruh dunia berada dalam perlindungan Allah.

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat
yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat
dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh
dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan
Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana
atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang
dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi
dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Doa Qunut Nazilah dan Terjemahannya :
Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”



alwahy vs google


ALWAHY

100% macam gOogle....
pelbagai benda yang kita nak cari ada...

satu-satunya sosial media umat Islam...
merangkumi blog,hiburan,nasyid,email,forum,donation dan sebagainya....
inisiatif kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W dalam usaha untuk menentang musuh2 Islam....

marilah kita menyokong usaha2 untuk menentang musuh Islam.....

jom layari :

www.alwahy.com

ISLAM KAMI BERSAMAMU!!!








MillatFACEBOOK

Kini ada laman web sama gunanya dengan 100% facebook(connecting people) iaitu :

MILLATFACEBOOK

untuk membOikot facebook...
sekumpulan ISLAM telah menciptanya bagi memboikot facebOok selepas menyiarkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W...
MILLATFACEBOOK juga telah menjadi saluran baru untuk melawan prOpaganda anti-Islam...

Layari:

www.millatfacebook.com

sama-samalah kita bergabung demi Islam..
jom kita deactivated facebook account kita..
BOIKOT ISRAEL!!!