- Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
- Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
- Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
- Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Tanda 7 hari
- Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
- Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
- Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
- Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan
- Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
- Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
- Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Ya Allah......betapa takutnya saya masa itu memikirkan amalan yang tidak cukup untuk dibawa bersama, dOsa yang bertimbun-timbun dan perpisahan dengan orang yang tersayang.Puas saya menangis meminta maaf dari mak abah dan kawan-kawan.Walhal waktu itu bukan masa untuk saya menangis memikirkan itu adalah setiap yang akan dilalui oleh setiap insan dan takdir yang Allah tetapkan....
dan datanglah seorang sahabat saya menasihati.....jodoh,pertemuan,ajal semuanya di tangan Allah....mungkin Allah telah berikan petanda....tapi petanda untuk kita sedar dari nikmat dunia...petanda untuk kita tumpukan perhatian kita sama ke arah akhirat....saya sedar...mungkin sebelum ini saya terlalu lalai mengejar keduniaan....Allah telah berikan penanda untuk menyedarkan saya bahawa kita hidup bukan untuk dunia semata-mata malah...akhirat.....alam yang kekal selama-lamanya.....
selepas itu,saya mendapat sms dari teman...
mengingati TEMAN tanda PERSAHABATA,
mengingati MATI sumber KEKUATAN IMAN,
mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN,
mengingati ALLAH itulah KETENANGAN.
betul betul
=)
pernah saya soal kan ustaz mengenai hal ini, dan ustaz saya cakap, petanda tu hanya disedari oleh mereka(orang sekeliling) lepas kita dah tiada dalam dunia ni.
kita pun sedar(tanda-tanda tu) tapi kita tak boleh nak luah, macam ada hijab gitu. kita macam "eh betul ker" lepastu let it go jer.
kita manusia biasa je kan?
bg mereka yg betul2 beriman mmg sgt2 untung.
moga kita tergolong dalam kalangan org yg beriman.
hee
lg satu, kalau search guna internet ni, yg tanda2 bergerak tu kan, ustaz sy ckp, jgn percy sgt, sbb boleh jadi khurafat.
wuu, terkejut sy ms tu.
tapi itulah, kadang-kadang Allah berikan kita tanda-tanda ni sebab nak panggil kita balik lepas kita dah terlalu leka jauh dengan duniawi.
supaya kita igt Dia balik.
^^
beruntungkan kita dilahirkan dalam islam?
orang non-muslim tak dapat rasa semua ni.
melainkan mereka terbuka hati nak masuk islam.
mudah-mudahan ramai yg terbuka hati nak masuk islam lagi. amin.