Nothing happens to you except in accordance with GOD's will. Anyone who believes in GOD, He will guide his heart. GOD is fully aware of all things.(64:11)
Hasil Nukilan
Nurul Husna
pada
12:54 AM
Monday, February 22, 2010
Firman Allah;
“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datangberbaris-baris” (Surah al-Naba’)
BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya.
BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur dalam berbentukbabi hutan.
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat.
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat.
BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli.
BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T.
BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu.
BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.
BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina.
BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa.
BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang meminum arak.
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."
Wassalam..... dipetik dari http://www.iluvislam.com
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
peTANda kePAdaku:
pernah suatu ketika dahulu,saya mendapat salah satu tanda di atas iaitu tanda 3 hari..... pada masa tengah dahi saya berdenyut-denyut,saya tergamam seketika.... saya tahu itu adalah penanda tapi saya x ingat petanda apa.....setelah check semula,itu merupakan tanda kematian..... Ya Allah......betapa takutnya saya masa itu memikirkan amalan yang tidak cukup untuk dibawa bersama, dOsa yang bertimbun-timbun dan perpisahan dengan orang yang tersayang.Puas saya menangis meminta maaf dari mak abah dan kawan-kawan.Walhal waktu itu bukan masa untuk saya menangis memikirkan itu adalah setiap yang akan dilalui oleh setiap insan dan takdir yang Allah tetapkan....
dan datanglah seorang sahabat saya menasihati.....jodoh,pertemuan,ajal semuanya di tangan Allah....mungkin Allah telah berikan petanda....tapi petanda untuk kita sedar dari nikmat dunia...petanda untuk kita tumpukan perhatian kita sama ke arah akhirat....saya sedar...mungkin sebelum ini saya terlalu lalai mengejar keduniaan....Allah telah berikan penanda untuk menyedarkan saya bahawa kita hidup bukan untuk dunia semata-mata malah...akhirat.....alam yang kekal selama-lamanya..... selepas itu,saya mendapat sms dari teman... mengingati TEMAN tanda PERSAHABATA, mengingati MATI sumber KEKUATAN IMAN, mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN, mengingati ALLAH itulah KETENANGAN.
Hasil Nukilan
Nurul Husna
pada
2:33 AM
Sunday, February 14, 2010
Baca sama-sama...
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFCitu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PMmeminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama-maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykadkita itu,depaminta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepadasemua rumahibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup Aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariahkerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tvyang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam MajalahMillenium Muslim Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so manasensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depakata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'MilleniumMuslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampaulebih, maka inilah hadiahnya!'...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepitermasuklah akhbar-akhbar,macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambildaripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan
lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikirandan hawanafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti olehanakcucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah danSunnahRasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafirdan wajib diperangisehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidakberhukumselain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan
tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. CetakanBeirut)
Allahua`ala `alam.
**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYASAUDARA MUSLIM KITA DAPATTAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...
ini lah apa yang mahu saya sampaikan.."kemusnahan dunia kian hampir" Umat Islam Ibarat telur
di hujung tanduk..menunggu masa di jatuhkan..Bangkitlah wahai umat Nabi
Muhammad.Bangkitlah bersama sama...
~Dipetik dari http://www.mediafire.com/?qmkl2yhwxz2~
* Kunci Kemualiaan : Taat Kepada Allah Dan Rasul-Nya
* Kunci Ilmu : Bertanya DAn Mendengar Dengan Baik
* Kunci kehidupan Hati : Merenungi (tadabbur) al-Quran, Mengadu Kepada Allah Pada Waktu Sebelum Fajar, Dan Meninggalkan Dosa
* Kunci Keimanan : Berfikir tentang Ayat-ayat Allah & Makhluk- makhluk ciptaan-Nya
* Kunci Kebajikan : Kejujuran
* Kunci Kemenangan : Kesabaran
* Kunci Rezeki : Berusaha Disertai Dengan Beristigfar Dan Bertakwa
* Kunci Bertambahnya Nikmat : Bersyukur
* Kunci Mencintai Akhirat : Zuhud Terhadap Dunia
* Kunci Agar Dikabulkan Oleh Allah : Berdoa...Dan Bersabarlah Terhadap Apa Yang Menimpa Kamu (surah Lukman : 17,,Wahai anakku! laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting
Hasil Nukilan
Nurul Husna
pada
11:04 PM
Saturday, February 13, 2010
Asalamualaikum wbt,
Jika anda sudah benci atau tidak lagi menyayangi orang-orang dibawah jagaan atau amanah anda, jangan menyeksa atau mendera mereka. Hantar kepada kami.... insyaAllah kami sanggup memikul amanah untuk menjaganya.
Jika anda tak berupaya menghantar, kami sudi pergi mengambil. Beritahu kami dimana lokasi yang perlu kami pergi ambil. TALIAN YPNet 24 JAM 1700 800 020 ATAU SMS KE 019-2144214 Terima kasih
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila telefon 019-2144214 (24 jam).
~Dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/44560 Melalui http://lenggangkangkung-my.blogspot.com~
Hasil Nukilan
Nurul Husna
pada
8:43 AM
Tuesday, January 26, 2010
Seorang gadis itu... Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...
Seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...
Seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...
Seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
Seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.
Seorang gadis itu ... perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
Seorang gadis itu ... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...
Seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!
Seorang gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...
Seorang gadis itu ... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI
Hasil Nukilan
Nurul Husna
pada
2:32 AM
Monday, January 25, 2010
Give thanks to Allah, for the moon and the stars prays in all day full, what is and what was take hold of your iman dont givin to shaitan oh you who believe please give thanks to Allah. Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin, hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir
Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin, he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.
Give thanks to Allah, for the moon and the stars prays in all day full, what is and what was take hold of your iman dont givin to shaitan oh you who believe please give thanks to Allah. Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin, hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir
Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the Mohsinin, he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power over all.
SK Matang Paku(2007-2003),SMKA Agama Yan(3 bulan),SMK Ayer Hitam(2004-2006),MRSM Jeli(2007-2008),Pusat Asasi UIA(2009-2010),UIA Kuantan Bac. of Biotech(2011-2014)
Aku ingin menulis. Tapi aku mengharapkan setiap perkataan yang aku tulis memberi manfaat kepadaku dan kawan-kawan. Setiap perkataan & teguran yang aku tulis juga, Allah akan uji 10 kali ganda.
Sabda nabi Muhammad SAW,
“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”
Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2,
“Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.”