CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Untukmu Wanita. Show all posts
Showing posts with label Untukmu Wanita. Show all posts

Selamat tinggal semua...

Friday, September 24, 2010



Selamat tinggal CFS IIUM
inilah tempat terbaik yang pernah ak kunjungi n belajar
suasananya!!!Subhanallah...
ak pasti merindui SMWAP,Blok E,CS n more
sedihnya...
tapi yang pasti CFS sentiasa dalam ingtanku

Selamat tinggal kawan-kawanku
ampa semua kawan aku dunia akhirat
kita bertemu kerana Allah
ukhwah kita kerana Allah
perjuangan kita kerana Allah
niat kita kerana Allah...Insya Allah..
sayang kamu semua
aku tunggu ampa semua kat kuantan...


Selamat tinggal lecture2 ku.....
ustaz fauzi,ustaz hisyam,sir azizul,mdm asmeeza,mdm saadiah,mdm faridahmdm nazira n semua sama ada yang pernah mengajar saya atau x...
terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya,
halalkanlah segala ilmu2 tersebut...
doakan perjuangan saya dan rakan2 saya di Kuantan pula..

Selamat tinggal teman2 seperjuanganku
terima kasih kerana sudi membantu saya mencari jalan yang saya perlukan
terima kasih kerana memberi nikmat saya berkeluarga di CFS
terima kasih kerana menerima saya seadanya
minta maap kerana meninggalkan ampa semua terlalu awal
semoga istiqamah dalam perjuangan..

Selamat tinggal teman2 IMIUku,
seronok dapat bekerja ngan ampa semua
terima kasih kerana sudi bersusah payah bersama2
terima kasih kerana sudi mengatur program bersama-sama
minta maap atas segala kata2 yang menyakitkan hati...
selamat meneruskan perjuangan kita membantu anak2 KEDAH & UTARA

Selamat tinggal teman2 PERKIMku,
terima kasih kerana mengajar ak berprogram
terima kasih kerana memberi peluang ak berbakti kepada masyarakat
minta maap atas segala kesibukan ak
minta maap selalu ponteng meeting


Selamat tinggal classmate2ku,
seronok dapat satu kelas ngan ampa semua,
belajar sama2,tuto sama2,quiz sama2,exam sama2,
halalkan segala ilmu yang ampa curah kat ak...
mintak maap salah silap


Selamat tinggal rOomate2ku,
Mai,Ida,Nona n Kinah
mintak maaf atas segala sikap ak yang x memuaskan hati ampa,
halalkan segala2nya apa yang ak pernah amik dari ampa...
terima kasih kerana sudi menjadi rOomate ak sepanjang ak di sini...

Selamat tinggal adik2ku,
angah,alang,ateh,anje,uda,aniq,achik,ucu,adik,andak
terima kasih kerana sudi berusrah bersama-sama
terima kasih kerana sudi menjadi adik along
mintak maap atas segala kelemahan along
minta maap andai x mampu menjadi kakak yang baik

Sarah Syazwani,
terima kasih kerana sudi menjadi classmate ak selama tiga sem berturut2
tima kasih kerana sudi menunggu ak untuk ke kelas...
tima kasih sudi jadi kawan ak
ak nak minta maaf dengan ang andai ak pernah wat silap..
memang ak byak salah ngan ang pun...
ak insan yang lemah..
ak bnyak megguriskan ati ang...
walaupun kita dah x rapat lagi macam dulu,
ak tetap sayang ang...
ak sentiasa ingat ang...

Nabihah,
tima kasih kerana sudi menjadi kawan n roomate sampingan orang
mintak maap atas salah silap husna kat bihah
mintak maap sebab husna selalu usik bihah
mintak maap kalau setiap kata2 husna menyakitkan hati bihah
minta maap kadang2 husna x dapat layan bihah sebaiknya
terima kasih tolong xplain bila husna x paham
terima kasih sudi  sudi jadi kawan husna

Maisarah,
terima kasih kerana sudi mendengar segala masalah ak
terima kasih kerana sudi berkongsi suka dan duka denagn ak...
terima kasih kerana percaya kat ak
terima kasih kerana sudi bersama dengan ak
terima kasih kerana menerima segala kelemahan ak
mintak maap kadang kala ak ter'bad mood'
minta maap kadang2 ak tersalah cakap..
halalkanlah segala ilmu,makan minum,terguna papa2,terambil apa2..
terima kasih atas segala-galanya..

Walaupun kita akan berjauhan untuk seketika,ampa semua sentiasa berada kat hati ak
ak takkan lupa kamu n jangan lupa aku
jika ada jodoh dan umur yang panjang
kita jumpa di kuantan..
ak tunggu ampa kat sana!!!
sayang ampa semua kerana Allah...

 kata2 istimewa  untuk ampa semua:
MUSLIMAH itu ANUGERAH terINDAH dunia,
LEMBUT namun X LEMAH
memPERSONA namun tetap berSAHAJA
tahu bagaimana menjaga IZZAH diri
mengerti bagaimana menjaga AKHLAK & keMULIAan
itulah yang membuatkannya ISTIMEWA jika dibandingkan wanita lain
ILMUnya talah mengangkatnya menjadi PERMATA terINDAH dunia
semoga itu adalah KAMU,AKU & KITA SEMUA

Aku Sudah Bertunang...

Saturday, July 31, 2010
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itusahaja.

…………………………………..................................................................

“inna lillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”
“Ya Allah, tenangnya…”
“Moga Allah memberkatinya….”
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

Betapa tabahnya Insyirah menerima ketentuan Ilahi....,
Betapa bersedianya beliau untuk bertemu dengan Pencipta....,
Betapa  kuatnya beliau walaupun tahu saat-saat kematiannya....,

Subhanallah..

Macam mana dengan kita???
Bersediakah kita menerima ketentuannya???
Bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah???

Wallahu'alam...

Credit to Fathul Bari

UIA pilihan hatiku

Thursday, July 1, 2010
 

Alhamdulillah....Allah telah meletakkanku di tempat yang aku mahu dan tempat yang Dia  rasakan aku akan memperolehi sesuatu...Kadang-kadang tu rasa jealous la jugak bila ramai kawan yang dapat offer pergi belajar ke luar negara..Ye la. boleh tambahkan pengalaman dan belajar cara hidup orang kat sana... tapi bila difikirkan semula,memang rasa bertuah sangat dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..Bak kata orang kita patut bersyukur ngan apa yang kita ada..Ada hikmah Allah letakkanku di sini..Memang ada hikmah...dan hikmahnya aku dapat rasakan sekarang..



Sekarang ni dah sem last kat Matrik Uia PJ..rasa macam sayang nak tinggalkan tempat ni..walaupun x de la secantik mana,tapi banyak kenangan yang telah tercipta kat sini...hati rasa berat je nak tinggalkan bumi Petaling Jaya ni..tapi x dapat dinafikan memang rasa teruja dan x sabar-sabar nak jejakkan kaki ke main campus di Kuantan..


Banyak yang telah aku lalui selama hampir setahun lebih dah berada di sini...dapat rasakan suasana Islamic di sini...walaupun orang kata semua universiti ni sama je kat mana-mana pun..tapi walaupun x dak lah terjaga mana suasananya tapi kita akan dapat rasakan juga suasana Islamicnya di sini..ye la!!universiti Islam la katakan...

memang nak dikatakan di sini...ak memang telah ditarbiahkan oleh tempat..banyak perkara yang aku pelajari kat sini..Adakah aku betul-betul menutup aurat dengan sempurna sebelum ni..Adakah aku memahami semua pelajaran Syariah Islamiah  dan Quran Sunnah yang ak pelajari sebelum ni di sekolah lama ketika ak berada di Tingkatan 4..teringat zaman tu...masa tu,memang banyak benda aku tak tahu...dah la tak tahu,malu nak bertanya pulak tu...tu la orang kata bodoh sombong...malu bertanya sesat jalan..tapi tak la nak kata sekarang ni dah tahu banyak benda...banyak lagi...memang banyak...tersangat banyaknya benda aku tak tahu....



walaupun ak tak dapat nak praktikkan semuanya dalam kehidupan seharian aku..tapi setidak-tidaknya,aku dalam proses belajar lagi sekarang.. banyak perkara yang aku pelajari kat sini...dengan kehadiran pelajar-pelajar yang pentingkan biah sOlehah terutama pelajar DQ,memang semua terjaga..bukan nak kata terjaga sepenuhnya..tapi dapat dibendung la..pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..memang akan ditegur oleh campus buddies...bagus la...tapi bukan aku la...aku menang takut nak tegur orang..takut nanti aku pulak yang terkena..Nauzubillah...di sini,hanya menceritakan pengalaman orang lain je..diri masih tak mampu nak melakukan semua tu..ye2..btul!!kita kena sampaikan walaupun dengan sepotong ayat..tapi ak rasa memang aku tak layak...banyak lagi benda yang perlu diperbaiki dalam diri ini terutamanya hati...



eh!!termasuh cerita ni plak..x pe..sebagai perkOngsian..nak cerita pasal suasana MATRIK UIA PJ sebenarnya...suasananya x de la cantik mana pun..kelas2 biasa je..tapi kedudukannya memng strategik di tengah bandar..dikelilingi kawasan perumahan yang besar2 dan tinggi2..cantik!!!berdekatan denga Jaya One..tempat perniagaan terkenal..berdekatan juga dengan Universiti Malaya..

Akhir sekali,peringatan kepada semua adik2 1st year yang baru je dah sebulan mendaftar kat sini...bersyukurlah...walaupun adik2 tak nampak lagi kebaikannya sekarang,adik2 akan nampak juga..InsyaAllah..wlaupun ada sesetengah junior yang dipaksa belajar di sini oleh ibu bapa,ingatlah mak ayah kita tahu apa yang terbaik dan mahu yang terbaik untu anak-anak...redha Allah terletak pada redha ibu bapa..jadi  bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang,di mana kita berada sekarang dan denagn takdir yang telah Allah tetapkan pada kita...



Wassalam...


Rahsia Naluri Wanita

Monday, June 7, 2010

Rahsia naluri wanita..betul ke ni???btul la kOt kan???

saya pun wanita..jadi,bila baca entry ni,rasanya ada yang benar jugak..99% betu la..
sebenarnya ada 30 rahsia tapi saya pOst sepuluh2 la..xde panjang sgt..
sebenarnya,bkan saya yang reka sendiri entry ni ek..tp x tau cOpy dari mana..
apapun,hayatilah:


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai
wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah
buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia
sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
ni lansung tak berguna.

Untuk Gadis Sahaja

Tuesday, January 26, 2010


Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI