CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Memang Lawak...

Monday, December 20, 2010

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil
membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah
tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka
yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni,
ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya
yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari
tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia
takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...."
Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak?
Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang
Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja
pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la,
tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi mandi!"emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia
tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
 
p/s:Jangan tidur selepas Asar dan bila matahari hendak berlabuh kerana syaitan berkeliaran ketika itu..
 

Motivasi Pagi

Monday, December 13, 2010

Oleh kerana sekarang sudah bergelar mahasiswa secara sah,jadi saya menanamkan azam baru dalam diri saya(harap x hangat2 tahi ayam)untuk belajar..InsyaAllah..sama2lah kita berubah..saya tahu diri saya jenis yang memerlukan motivasi sentiasa.kalau x,saya mudah leka.Jadi kerana saya dah berazam nak berubah,saya search for the things that can motivate me more...sebenarnya kalau nak kata pembakar semangat saya yang paling tinggi adalah ibu bapa..saya tahu kamu semua juga begitu..Ibu bapalah yang akan menyebabkan kita lebih bersemangat untuk belajar dan juga menyebabkan kita homesick..
Tapi sekarang saya bukan nak cerita pasal ibu bapa tapi motivasi umum untuk kita sebagai orang Islam dan hamba Allah yang sentiasa lemah...sama-samalah kita berazam untuk menjadikan hidup kita sehari-hari lebuh bermakna kerana setiap saat yang kita laburkan dalam hidup kita akan ditnya oleh Allah di akhirat nanti..sekarang just nak cakap pasal tujuh perkara yang dapat memotivasikan kita pada waktu pagi..
1-Bersyukur
 Apabila bangun je dari tidur,terus bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk melihat dunia lagi.dalam doa bangun tidur kan ada..
" Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan. "
Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan kepada...
2-Tekad Bermotivasi  
Setiap pagi,badan fresh,otak fresh so semangat pun mesti fresh.azam mesti tinggi.tanam azam apa kita nak habiskan atau selesaikan hari ini sebelum kita tutup mata semula..InsyaAllah,dengan macam tu kita tak habiskan masa-masa kita untuk benda-benda yang tak berfaedah..dahulukan benda2 yang penting..itulah yang dinamakan fiqh awlawiyyat..benda yang tak penting tapi masih perlu disiapkan,kita KIV jap..
3-Dekatkan diri dengan sesi motivasi
Saya tahu agak susah nak cari sesi2 motivasi macam ceramah ke apa ke...tapi cuba dekatkan diri benda2 yang dapat tingkatkan motivasi..tampal artikel2 yang dapat memberi kita peransang.juga artikel2 pengajaran pada dinding dalam bilik kita..so that,InsyaAllah,kita x mudah terleka..
4-Mulakan setiap kerja dengan bismillah
Sebut nama Allah tanda kita ingat padaNya dalam setiap kerja yang kita lakukan,InsyaAllah,Allah akan sentiasa ingat pada kita..dengan sebutan bismillah juga akan memberi kita keyakinan untuk menyiapkan kerja kita dan yakin Allah sentiasa bersama kita dan melindungi kita..
5-Set target kemajuan diri
Hari ini lebih baik dari semalam..quote yang selalu kita dengar..jika kita gagal semalam,jangan biar kegagalan tu terus menghantui diri..set dalam minda kita,kita akan melakukan yang terbaik pada hari ini..setiap hari,kita mesti berusaha memajukan diri..
6-Lihat warna yang cerah
Warna cerah sebenarnya dapat membangkitkan mood kita pada waktu pagi..tambah2 lagi kalau kita tengok benda yang berwarna-warni...kurangkan tengok warna2 yang dull atau kusam..nanti mood baik kita cepat hilang...
7-Penuhkan hati kita dengan kemaafan
Jika semalam kawan kita ada buat sesuatu yang mengguriskan hati kita,semalam juga kita maafkan dia..jangan simpan lama2 dalam hati...sifat pemaaf,sifat rasulullah.. Allah Maha Pengampun terhadap hamba2nya,lagikan kita sesama hamba...
Motivasi ni bukan untuk anda saja,malah saya adalah orang yang amat2 memerlukan motivasi sehari-hari..kalau nak membangkitkan lagi motivasi yang kian luntur tu,cuba banyakkan mambaca sirah2 Rasulullah dan para sahabat baginda..betapa tingginya azam baginda,pengorbanan baginda...Apalah jika nak dibandingkan dengan kita yang lemah ni..failed paper sikit,nangis,nak balik umah..bukan nak kata pada sesapa,saya pun macam tu...so,sama2lah kita berazam untuk meningkat diri kita....

Lets the Picture Talk!

Sunday, December 12, 2010
Jalan nak masuk ke UIA Kuantan...

 pintu masuk...


Taaruf week kami.....
sebenarnya bukan week pun.....
just satu setengah hari je pun...


Raihan,bihah,mimi n laen2

Closing ceremony...
dahsyat diorang punya acara ni..
formal sgt2...


banyak lagi benda yang x siap..

masjid sementara...
sementara tunggu masjid terapung siap..


ni lah Kuliyyah Of Sciences...


K.O.S lagi...


ni Kuliyyah ALLHS kot...
x siap ag..


 ni Kuliyyah of Medic..



 ni mahallah kami...Talhah 1
kat atas bumbung tu,monyet sedang bertenggek menghirup udara pagi...



******************************************

walaupun di mana pun berada,hati tetap merindui CFS PJ...
rindu kawan2 di sana,rindu cafe2 di sana,rindu mall2 di sana..huhu

Hari ke-4 di UIA,Kuantan

Saturday, December 11, 2010
Alhamdulillah....

Dah masuk hari ke-4 di uia kuantan ni...
Taaruf sudaaa....
Kemas bilik sudaaa....
Outing sudaaa.....
Homesick sudaaa......:(

Sebelum datang ke kuantan,sering digembar-gemburkan oleh kawan2 bahawa uia kuantan ni x semeriah gombak...memang dan tak dinafikan langsung...saya da pergi gombak dan dapat melihat perbezaan yang jelas..dari segi  infrastrukturnya yang banyak lagi dalam pembinaan termasuk masjid....banyak monyet plak tu...susah nak keluar outing..

Tapi suka saya nak katakan,jika saya diberi pilihan samada gombak atau kuantan,saya pilih CFS PJ..hehe..PJ tetap di hatiku dan kawan2 banyak yang tertinggal di sana...bukan2...saya akan tetap memilih Kuantan..
First sekali sebabnya adalah uia kuantan adalah tempat yang tenang..saya adalah orang yang tenang so saya suka tempat yang tenang..memang tenang keadaan di sini...setiap hari terasa sejuk walaupun pukul 12.00pm..atas jalan pun boleh tidur kalau nak sebab jarang2 oarang lalu..tapi xtau la..sebab kuliyyah pun xmula lagi dan ramai lagi yang masih bercuti..kami je yang datang awal..

Second,tarbiyah bila berada di sini memang banyak...so sedikit sebanyak saya dapat tarbiyahkan diri saya ni yang terlalu manja dengan keadaan...kalau dulu kat CFS roomate ada 4 orang dan bilik pun kecil..tapi sekarang saya terkontang-kanting dalan bilik sorang2 dan bilik pun luas...nak berbual ngan bilik sebelah pun kena sms or ym..memang la kita akan mendapat privacy 100% tapi memang macam kera dalam tempurung la...eh2,clap..macam katak dalam tempurung la...kalau x de pape nak buat,memang terperaplah dalam bilik kecuali nak mandi,makan dan main dengan monyet...tapi mahallah kami je yang macam ni..kalau mahallah laen semua ade 4 compartment dalam satu bilik..

Third,saya dapat banyak kawan baru....bukan kawan yang dapat diceritakan masalah atau kawan yang dapat tolong kita iron baju ke apa ke..tapi kawan yang kadang2 banyak menguji kesabaran..MONYET!!!masa minggu taaruf,saya dapat lihat betapa banyaknya monet dan sekutunya diatas bumbung mahallah kami,Talhah 1...bila petang dan malam,depa datang kucar2kan sampah...dan selalu dengar cerita akak2 yang monyet ni pantang kalau kita bawak plastik makanan,depa akan datang menyerang...tapi terfikir jgak,awat la depa x p serang cafe terus..cafe kan banyak makanan...tapi xpa..itu juga tarbiyah untuk saya... jangan mengeluh husna!!xbaik...mana tahu satu hari nanti monet tu akan selamatkan saya..boleh ke monyet selamatkan kita tapi itu semua kuasa Allah..satu hari saya lapar dan monet pun datang menghulurkan pisang yang dia petik kat hutan..haha..tipu sangat2..

Fourth,kuliyyah saya memang jauh...naik bukit,turun bukit,terjun longkang,seberang tasik baru sampai..acah ja..tapi  memang tak bohong..jauh..lebih kurang setengah jam kalau jalan kaki...kalau bas,dalam 15 minit la..tapi kalau terlepas bas,memang parah la..tapi kuliyyah saya besar sekali antara kuliyyah lain...maklumlah kuliyyah saya,sciences..banyak cabangnya...tapi kerana bangunan admin belom lagi siap2 dari tahun apa ntah,so semua pusat pentadbiran macam ITD,pejabat post,klinik semua tu ada kat kuliyyah medic..so kuliyyah ni agak meriah la berbanding kuliyyah2 yang lain..tapi konklusi baik yang saya dapat adalah saya boleh bersenam sambil ke kelas...sambil menyelam minum air..haha..memang pandai cakap je,cuba buat..
Fifth,kalau nak keluar or outing,memang susah...xde pun bas bandar nak datang amik sampai ke dalam macam gombak tu dan PJ..kalau kat pj dulu,nak pergi mana2 pun boleh..semua ada..last minit pun boleh kata nak keluar pergi PC fair...kalau kat sini,nak pergi ke bandar,malam tu kena rancang betul2 perjalanan..Cuma ade bas jalan utama je..tu pun selang sejam kot..so,kami guna perkhidmatan pak teh(tauke prebet sapu)..kalau nak senang lagi keluar dengan kereta tapi budak 1st year mamng tak dibenarkan bawak kereta pun..tapi saya x kesah pun memandangkan kereta saya belum keluar lagi di pasaran...saya rasa bagus jugak kalau xde bas nak datang amik sebab kalau ada,setiap hari saya keluar memandangkan saya ni jenis yang suka mengembara dan kuantan ni memang banyak tempat menarik..tambah2 lagi kuantan ni dekat denagn laut so memang banyak pantai la n teluk la...

Walaupun semua reason yang saya bagi bukan la indah2 belaka tapi saya tahu saya akan dapat banyak manfaat dari keadaan ini..kita kena tengok daripada pandangan yang positif apa yang terjadi di sekeliling kita..setiap yang berlaku ada hikmahnya..Cuma kita kadang2 terlalu manja bila sebelum ni terlalu banyak nikmat yang Allah berikan..tapi bila Allah tarik balik sedikit nkmat yang diberi,kita nak mengeluh padahal Allah ingin menjaga kita..jadi, saya x boleh lalai dengan apa yang saya ada...saya kena siap awal2 nak ke kelas takut terlepas bas..saya dapat kawal hobi saya yang suka berjalan sebab malas nak call pak teh...

Apa yang boleh saya kata kat sini,saya sangat suka UIA Kuantan..walaupun ramai kawan2 saya tertinggal di PJ terutama roomate yang memahami,Maisarah...tapi setakat ni baru sekali saya homesick..mak selalu kata kalau homesick,ingat je nak menuntut ilmu,salah satu jihad di jalan Allah...kawal nafsu dan perasaan,jihad di jalan Allah...jangan stress2 sebab sayitan senang kacau kalau kita lemah..Sentiasa dekatkan diri kepada Allah...

So ,.....

Tempat baru,kawan baru,subjek baru,azam pun mestu mau baru.....
InsyaAllah...semoga semua berada dalam keadaan yang baik sepanjang saya di sini..
Jangan risau kepada bakal mahasiswa uia kuantan,saya gerenti yang tempat ni amat tenang dan seronok..InsyaAllah..

Ada Apa Pada Tarikh 26 NOV???

Sunday, November 28, 2010
Tanggal 24 Nov 2010,tepat jam 11:26pm....
ak mnerima sms daripada naqibahku...

HATI-HATI ANGKA 'keramat' 26......!
26 Disember 2006=Tsunami di Acheh
26 Mei 2006=Gempa di Jogja
26 Jun 2009=Gempa di Tasik Malaya
26 Oktober 2010=Tsunami di Mentawi
26 Oktober 2010=Merapi meletus

Ada apa dengan 26???
ternyata dalam Al-Quransurat ke-26(asy-syu'ara) yang di dalamnya diceritaka tentang azab Allah...

Bukan niat untuk menimbulkan huru-hara ataupun kacau bilau di dalam negara Malaysia yang aman damai ini..bukan juga menabur dusta semata-mata...tapi hanyalah sekadar PERINGATAN kepada kita yang kadang-kala sering terleka dengan nikmat dunia...bukan untuk anda semua sahaja tetapi lebih-lebih lagi untuk saya yang hanyalah hamba Allah yang sering lalai dan alpa...KIAMAT adalah pasti...tidak dapat tidak kita tetap akan menghadapinya..mungkin jumaat ni,jumaat minggu depan...siapa tahu...Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Hasbunallahu wa ni'mal wakil...
Buat renungan dan pengajaran bersama...

Selamat Berperang KU vs KS

Lama sudah tidak mengetuk papan kekunci laptop ak nih...dan lama juga la x meng’update’ log nih..

Tapi kali ni rasa ingin berkongsi tentang keadaan dunia sekarang. Entah kenapa hari ni rasa ingin tahu semakin tinggi apabila melibatkan Semenanjung Korea.

Timbul pergolakan antara Korea Utara(KU) dan Korea Selatan(KS).Sebenaranya pergolakan antara KU dan KS ini sudah lama berlaku sejak 1950 kalau x silap..Punya bangsa sama. agama sama. tanah sama. Tapi apa beza mereka ek? beza mereka adalah dari segi Fahaman & Pengaruh. KU dengan fahaman komunis nya yang pernah menjadi adik angkat kepada Kesatuan Soviet dulu dan KS pula dengan fahaman kapitalis mereka yang cenderung terhadap Barat. Tapi sejak 2 hari yang lepas,salah faham antara 2 negara ni jadi semakin meruncing bermula insiden serangan KU terhadap Pulau Yeonpyeong pada 23 Nov lalu telah meragut 4 nyawa termasuklah 2 orang awam [Link] dan 2 orang tentera KS dan insiden 'Cheonan Karam' pada 26 Mac lalu juga telah meragut 46 nyawa..pihak KU menafikan sekeras-kerasnya bahawa torpedo KU yang bertanggungjawab menenggelamkan Cheonan tersebut..

Then,beberapa hari selepas serangan mengejut altileri-altileri Korea Utara ke-atas pulau Yeonpyeong , pihak korea selatan dilaporkan menambah pembelian senjata,kereta kebak dan pesawat pelbagai guna daripada US.Jadi,adakah US SENGAJA melibatkan diri dan mengambil kesempatan dari konflik untuk menerima keuntungan hasil penjualan senjata???tak dapat nak sangkal lagi kesahihannya..setiap yang US rancang adalah demi kepentingan mereka.Mengapa la seperti yang kita lihat,Amerika ni sentiasa ada dalam setiap siri kejadian yang berlaku di dunia sekarang nih..hish!!

Rentetan peristiwa:
Korea Utara vs Korea Selatan= rebut pulau...
Rusia vs Jepun =rebut pulau...
Jepun vsChina =isu perlanggaran kapal dan pembahagian perairan..
Jadi datanglah HERO kononnya,dengan propanganda ingin menolong yang lemah
US = mengapi-apikan keadaan

Dengan bantuan US lah Perang Dunia ke 3 akan meletus..merupakan perang teknologi dan nuklear...Tidak mustahil dan mmg betul pun kalau berlakulah perang di Korea ni,US bukannya turut serta untuk membantu tapi merekalah puncanya..

Tidak puas amalannya menganggu gugat orang Islam,kini nak jadi punca tercetus perang plak..



Kadang-kadang

Tuesday, November 23, 2010


Kadang-kadang kita fikir apa yang kita lakukan adalah yang terbaik dalam hidup ini
tanpa fikir yang perancangan dan perlaksanaan Allah nadalah yang terbaik

************************

Kadang-kadang kita cuba untuk berbuat baik dengan semua orang
tanpa kita tahu orang tersebut salah faham dan mempunyai niat buruk terhadap kita

************************

Kadang-kadang kita harap kita mempunyai kehidupan lebih baik
tanpa kita faham bahawa kehidupan kita adalah ujian daripada Allah

************************

Kadang-kadang kita mengeluh dengan nasib buruk yang menimpa
tanpa kita lihat orang di bawah kita yang hidup melarat lebih dari kita

************************

Kadang-kadang kita terlalu mengejar kekayaan harta benda
tanpa kita hirau terhadap kemiskinan hati kita

*************************
Kadang-kadang kita fikir untuk mengecap bahagia
tanpa kita ketahui erti sebenar bahagia tersebut

************************

Kadang-kadang kita sangat pandai memberi pendapat dan pandangan kepada orang lain
tanpa kita sedari masih terdap banyak masalah kita yang belum menemui jalan penyelesian

************************

Kadang-kadang kita fikir bahawa itu adalah usaha kita bila kita mengecap kejayaan
tanpa kita bersyukur bahawa nikmat tersebut dari Allah

************************

Kadang0kadang kita fikir apa salah kita bila Allah cuba menguji kita
tanpa kita sedar bahawa Allah amat menyayangi kita dan sentiasa ingat pada kita

************************

Kadang-kadang kita terlalu berhati-hati dalam menjalani kehidupan 
tanpa kita tahu bahawa kegagalan adalah pengalaman yang amat berguna

************************

Kadang-kadang kita terlalu megah dengan apa yang kita ada,kekayaan,kecantikan,kebijaksanaan
tanpa kita faham bahawa semua itu adalah bentuk ujian pada kita dari Allah

************************

Kadang-kadang kita terlalu seronok dengan kehidupan dunia dan terlalu mengejarnya
tanpa kita sedar bahawa dunia hanya sementara dan kita hanya pelakonnya sahaja

Suasana Banjir di Kedah

Tuesday, November 9, 2010

 Tanggal 31 Okt,hujan turun x henti2 selama 2 hari....suasana agak sejuk.... semua orang risau terutamanya kawasan yang selalu ditenggelami air...banjir kali ni memang yang apaling teruk berbanding kejadian banjir pada tahun 2005...

Pekan Jitra yang x pernah ditenggelami air pun mengalami banjir juga...highway pun tenggelam...siap orang kampung bawa jala lagi pegi menjala ikan atas highway...kuasa Allah....



hampir 3/4 kawasan kubang pasu,pendang dan changloon ditenggelami air...air mmg deras...setelah beberapa hari,air bergerak ke kawasan kota star.... penduduk kawasan jitra dah balik dari tempat penempatan banjir dan basuh rumah,penduduk kawasan alor star pula dipindahkan ke tempat penempatan tu.... banyak jugak la organisas2 kerajaan dan NGO yang turun untuk menghulurkan bantuan....


Ni plak suasana selepas banjir...memang lumrah manusia la...pantang ada sales sikit mesti penuh,sesak,padat dan macam2 lagi...macam2 dijual especially pakaian la...rezeki memang tidak akan ditolak...tambah2 hari raya haji bakal menjelma...nak tempah baju memang tukang jahit tolak sebab kedai masuk air....so beli la yang siap da....murah plak tu...



ujian ataupun balasan?????terbaca dari sebuah majalah...Bagi yang berdosa,bala ini adalah ujian untuk membersihkan dosa.bagi yang taat dan soleh,bala yang menimpa kerana Allah ingin mengurniakan pahala serta darjat yang lebih tinggi di dunia dan di akhirat...

kadang2 terfikir jugak,adakah ini petanda akhir zaman???tidakkah anda perasan,kebelakangan ini berlaku begitu banyak bencana alam...banjir di vietnam,thai,Malaysia...letusan gunung berapi di Indonesia....taufan di haiti....mungkin ini satu petunjuk,amaran atau peringatan dari Allah kepada hamba2Nya yang lalai....kata seorang ahli sufi,"Tuhan sering mengingatkan manusia dengan 'melontar' batu2 kecil,tetapi jika peringatan itu diabaikan,Tuhan mula 'melontar' dengan batu2 besar. Dan jangan tunggu hingga dihempap gunung untuk kita mula berubah"...renung2kanlah.....Wallahu'alam

Selamat tinggal semua...

Friday, September 24, 2010



Selamat tinggal CFS IIUM
inilah tempat terbaik yang pernah ak kunjungi n belajar
suasananya!!!Subhanallah...
ak pasti merindui SMWAP,Blok E,CS n more
sedihnya...
tapi yang pasti CFS sentiasa dalam ingtanku

Selamat tinggal kawan-kawanku
ampa semua kawan aku dunia akhirat
kita bertemu kerana Allah
ukhwah kita kerana Allah
perjuangan kita kerana Allah
niat kita kerana Allah...Insya Allah..
sayang kamu semua
aku tunggu ampa semua kat kuantan...


Selamat tinggal lecture2 ku.....
ustaz fauzi,ustaz hisyam,sir azizul,mdm asmeeza,mdm saadiah,mdm faridahmdm nazira n semua sama ada yang pernah mengajar saya atau x...
terima kasih atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada saya,
halalkanlah segala ilmu2 tersebut...
doakan perjuangan saya dan rakan2 saya di Kuantan pula..

Selamat tinggal teman2 seperjuanganku
terima kasih kerana sudi membantu saya mencari jalan yang saya perlukan
terima kasih kerana memberi nikmat saya berkeluarga di CFS
terima kasih kerana menerima saya seadanya
minta maap kerana meninggalkan ampa semua terlalu awal
semoga istiqamah dalam perjuangan..

Selamat tinggal teman2 IMIUku,
seronok dapat bekerja ngan ampa semua
terima kasih kerana sudi bersusah payah bersama2
terima kasih kerana sudi mengatur program bersama-sama
minta maap atas segala kata2 yang menyakitkan hati...
selamat meneruskan perjuangan kita membantu anak2 KEDAH & UTARA

Selamat tinggal teman2 PERKIMku,
terima kasih kerana mengajar ak berprogram
terima kasih kerana memberi peluang ak berbakti kepada masyarakat
minta maap atas segala kesibukan ak
minta maap selalu ponteng meeting


Selamat tinggal classmate2ku,
seronok dapat satu kelas ngan ampa semua,
belajar sama2,tuto sama2,quiz sama2,exam sama2,
halalkan segala ilmu yang ampa curah kat ak...
mintak maap salah silap


Selamat tinggal rOomate2ku,
Mai,Ida,Nona n Kinah
mintak maaf atas segala sikap ak yang x memuaskan hati ampa,
halalkan segala2nya apa yang ak pernah amik dari ampa...
terima kasih kerana sudi menjadi rOomate ak sepanjang ak di sini...

Selamat tinggal adik2ku,
angah,alang,ateh,anje,uda,aniq,achik,ucu,adik,andak
terima kasih kerana sudi berusrah bersama-sama
terima kasih kerana sudi menjadi adik along
mintak maap atas segala kelemahan along
minta maap andai x mampu menjadi kakak yang baik

Sarah Syazwani,
terima kasih kerana sudi menjadi classmate ak selama tiga sem berturut2
tima kasih kerana sudi menunggu ak untuk ke kelas...
tima kasih sudi jadi kawan ak
ak nak minta maaf dengan ang andai ak pernah wat silap..
memang ak byak salah ngan ang pun...
ak insan yang lemah..
ak bnyak megguriskan ati ang...
walaupun kita dah x rapat lagi macam dulu,
ak tetap sayang ang...
ak sentiasa ingat ang...

Nabihah,
tima kasih kerana sudi menjadi kawan n roomate sampingan orang
mintak maap atas salah silap husna kat bihah
mintak maap sebab husna selalu usik bihah
mintak maap kalau setiap kata2 husna menyakitkan hati bihah
minta maap kadang2 husna x dapat layan bihah sebaiknya
terima kasih tolong xplain bila husna x paham
terima kasih sudi  sudi jadi kawan husna

Maisarah,
terima kasih kerana sudi mendengar segala masalah ak
terima kasih kerana sudi berkongsi suka dan duka denagn ak...
terima kasih kerana percaya kat ak
terima kasih kerana sudi bersama dengan ak
terima kasih kerana menerima segala kelemahan ak
mintak maap kadang kala ak ter'bad mood'
minta maap kadang2 ak tersalah cakap..
halalkanlah segala ilmu,makan minum,terguna papa2,terambil apa2..
terima kasih atas segala-galanya..

Walaupun kita akan berjauhan untuk seketika,ampa semua sentiasa berada kat hati ak
ak takkan lupa kamu n jangan lupa aku
jika ada jodoh dan umur yang panjang
kita jumpa di kuantan..
ak tunggu ampa kat sana!!!
sayang ampa semua kerana Allah...

 kata2 istimewa  untuk ampa semua:
MUSLIMAH itu ANUGERAH terINDAH dunia,
LEMBUT namun X LEMAH
memPERSONA namun tetap berSAHAJA
tahu bagaimana menjaga IZZAH diri
mengerti bagaimana menjaga AKHLAK & keMULIAan
itulah yang membuatkannya ISTIMEWA jika dibandingkan wanita lain
ILMUnya talah mengangkatnya menjadi PERMATA terINDAH dunia
semoga itu adalah KAMU,AKU & KITA SEMUA

100 tokoh paling berpengaruh dalam sejarah

Monday, August 23, 2010
Daftar Isi
oleh Michael H. Hart:
01. Nabi Muhammad
02.
Isaac Newton
03.
Nabi Isa
04.
Buddha
05.
Kong Hu Cu
06.
St. Paul
07.
Ts'ai Lun
08.
Johann Gutenberg
09.
Christopher Columbus
10.
Albert Einstein
11.
Karl Marx
12.
Louis Pasteur
13.
Galileo Galilei
14.
Aristoteles
15.
Lenin
16.
Nabi Musa
17.
Charles Darwin
18. Shih Huang Ti

19. Augustus Caesar
20. Mao Tse-Tung

21. Jengis Khan

22. Euclid

23. Martin Luther

24. Nicolaus Copernicus

25. James Watt

26. Constantine Yang Agung

27. George Washington

28. Michael Faraday

29. James Clerk Maxwell

30. Orville Wright & Wilbur Wright

31. Antone Laurent Lavoisier

32. Sigmund Freud

33. Alexander Yang Agung

34. Napoleon Bonaparte

35. Adolf Hitler

36. William Shakespeare

37. Adam Smith

38. Thomas Edison

39. Antony Van Leeuwenhoek

40. Plato

41. Guglielmo Marconi

42. Ludwig Van Beethoven

43. Werner Heisenberg

44. Alexander Graham Bell

45. Alexander Fleming

46. Simon Bolivar

47. Oliver Cromwell

48. John Locke

49. Michelangelo

50. Pope Urban II

51. Umar Ibn Al-Khattab

52. Asoka

53. St. Augustine

54. Max Planck

55. John Calvin

56. William T.G.Morton

57. William Harvey

58. Antoine Henri Becquerel

59. Gregor Mendel

60. Joseph Lister

61. Nikolaus August Otto

62. Louis Daguerre

63. Joseph Stalin

64. Rene Descartes

65. Julius Caesar

66. Francisco Pizarro

67. Hernando Cortes

68. Ratu Isabella I

69. William Sang Penakluk

70. Thomas Jefferson

71. Jean-Jacques Rousseau

72. Edward Jenner

73. Wilhelm Conrad Rontgen

74. Johann Sebastian Bach

75. Lao Tse

76. Enrico Fermi

77. Thomas Malthus

78. Francis Bacon

79. Voltaire

80. John F. Kennedy

81. Gregory Pincus

82. Sui Wen Ti

83. Mani

84. Vasco Da Gama

85. Charlemagne

86. Cyrus Yang Agung

87. Leonhard Euler

88. Niccolo Machiavelli

89. Zoroaster

90. Menes

91. Peter Yang Agung

92. Meng-Tse
(Mencius)
93. John Dalton

94. Homer

95. Ratu Elizabeth I

96. Justinian I

97. Johannes Kepler

98. Pablo Picasso

99. Mahavira

100. Neils Bohr


Tokoh Terhormat Tertinggal
St. Thomas Aquinas
Archimedes
Charles Babbage
Khufu (Cheops)
Marie Curie
Benjamin Franklin
Mohandas Gandhi
Abraham Lincoln
Ferdinand Magellan
Leonardo Da Vinci


p/s:Subnallah!!Nabi Allah Muhammad....
manusia teragung sepanjang zaman..

Misteri Segitiga Bermuda

Friday, August 20, 2010
Segitiga bermuda yang juga biasa disebut segitiga setan terletak di wilayah lautan samudera atlantik seluas 1,5 juta mil2 atau 4juta km2 yang membentuk garis segita antara wilayah2 teritorial britania raya sbg titik di sebelah utara, puerto rico teritorial amerika serikat titik di sebelah selatan dan miami negara bahagian florida amerika serikat sbg titik disebelah barat.


Pasti pernah dgr kan peristiwa2 aneh di sana yang sering terjadi kapal2 hilang baik laut maupun udara secara misterius.Ada yang bilang segitiga bermuda itu adalah tempat mangkalnya alien dan ufo.Ada yg bilang itu adalah pusat magnet terbesar didunia.Ada juga yang bilang itu pusat bumi dan terdapat black hole yang mampu menyedot apapun yg melintas.Lalu apa pendapat islam tentang segita bermuda?

Ada hadis yg diriwayatkan Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW telah bersabda “Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebagibn lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu” dikatakan larangan ini karena tempat seperti itu adalah tempat yang paling digemari oleh Syaitan.Jadi apa kaitannya dengan bermuda???

Alasannya karena bermuda terletak di perairan atlantik di pertengahan antara benua Amerika bagian utara dan Afrika.Secara mudah lokasi ini adalah kawasan pertembungan dua arus panas dari afrika dan sejuk dari Amerika Utara. Dengan hadist ini maka terjawablah misteri segitiga bermuda.Perkara2 aneh yg terjadi itu tentu antara lain disebabkan pertembungan antara panas dan sejuk dan istana Syaitan yang mungkin tersembunyi disitu.

Ada sebuah buku yang berjudul “Dajjal akan muncul dari kerajaan jin di segitiga bermuda” Karya Sheikh Muhammad Isa Dawuud dari Mesir,bahwa kawasan bermuda adalah kawasan Jin dimana dari situlah akan muncul Dajjal. Jika benar dakwaan buku itu, tidak aneh lagi apa yang di Sabdakan Oleh Nabi SAW itu nyata adanya dan bahkan mendahului zaman sekaligus Nabi SAW membuktikan bahwa islam memiliki semua jawaban untuk semua pertanyaan.

Menurut Syaikh Imam M. Ma’rifatullah Al-arsy, segitiga bermuda merupan tempat titik terujung di dunia ini. Ditengah kawasan itu terdapat sebuah telaga yang airnya dapat membuat siapa saja yg meminumnya menjadi panjang umur, ditempat itu pula Nabiyullah Khidzir A.S bertahta sebagai penjaga sumber air kehidupan tersebut.Syaitkh imam M. M berkata kalau penyelamat akhir Zaman Imam Mahdi akan keluar dari Ghaibnya melalui tempat tersebut dengan menggukan jubah suci berwarna kebiruan.

Lalu apa penyebab hilangnya berbagai macam kapal ditempat itu??? Menurut Syaikh Imam M lagi, para iblis dan Syaitan tersebut yang tak bisa mendekati pusat kawasan agung itu,maka mereka pun berjaga disekelilingnya dan bertujuan untuk menghalangi setiap manusia yang mencoba untuk memasuki kawasan agung itu(segitiga bermuda).Karena sesungguhnya barang siapa yg bisa sampai ketempat titik tengah kawasan segitiga bermuda, maka dia akan mengetahui kebenaran alam yg sesungguhnya.

Banyak orang2 zaman dahulu yang telah mencuba kepusat Segitiga bermuda dan kebanyakan dari mereka enggan untuk kembali pulang kedunianya. Menurut sebuah artikel kuno, Raja Iskandar Agung pernah mencoba masuk ke kawasan agung itu.Dan sekembalinya mereka mengatakan bahwa tempat itu berpasirkan permata dan berbatukan berlian.Tempat yang dipenuhi dengan kabut putih tebal itu sangat indah untuk dipandang tapi sangat berbahaya untuk di datangi.

PS: ya Allahu’alam… Semua kembali kepada sang pencipta Alam Allah SWT, karena sesungguhnya Allah SWT lah yang paling tahu apa sebenarnya segitiga bermuda itu.


@Regards,

Fatiq Mohezad Mohd Suhaimi
Structural Draughtsman,
Design Department,
New Doha International Airport,
Sinohydro-Gamuda-WCT Joint Venture,
P.O Box 23948, Doha, Qatar. 

YB Idham Lim

Harapan Ramadhan

Nyanyian: Raihan dan Man Bai 




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah…
Dengan rahmatMu oh Tuhanku…
Ku tempuh jua

p/s:dah lama cari lagu ni...nak download,x jumpa...
akhirnya jumpa jgak...

terasa sangat tenang bila dengar dan hayati lagu ni..

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
BUAT SEMUA

Selamat Berpuasa!!:)