CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kadang-kadang

Tuesday, November 23, 2010


Kadang-kadang kita fikir apa yang kita lakukan adalah yang terbaik dalam hidup ini
tanpa fikir yang perancangan dan perlaksanaan Allah nadalah yang terbaik

************************

Kadang-kadang kita cuba untuk berbuat baik dengan semua orang
tanpa kita tahu orang tersebut salah faham dan mempunyai niat buruk terhadap kita

************************

Kadang-kadang kita harap kita mempunyai kehidupan lebih baik
tanpa kita faham bahawa kehidupan kita adalah ujian daripada Allah

************************

Kadang-kadang kita mengeluh dengan nasib buruk yang menimpa
tanpa kita lihat orang di bawah kita yang hidup melarat lebih dari kita

************************

Kadang-kadang kita terlalu mengejar kekayaan harta benda
tanpa kita hirau terhadap kemiskinan hati kita

*************************
Kadang-kadang kita fikir untuk mengecap bahagia
tanpa kita ketahui erti sebenar bahagia tersebut

************************

Kadang-kadang kita sangat pandai memberi pendapat dan pandangan kepada orang lain
tanpa kita sedari masih terdap banyak masalah kita yang belum menemui jalan penyelesian

************************

Kadang-kadang kita fikir bahawa itu adalah usaha kita bila kita mengecap kejayaan
tanpa kita bersyukur bahawa nikmat tersebut dari Allah

************************

Kadang0kadang kita fikir apa salah kita bila Allah cuba menguji kita
tanpa kita sedar bahawa Allah amat menyayangi kita dan sentiasa ingat pada kita

************************

Kadang-kadang kita terlalu berhati-hati dalam menjalani kehidupan 
tanpa kita tahu bahawa kegagalan adalah pengalaman yang amat berguna

************************

Kadang-kadang kita terlalu megah dengan apa yang kita ada,kekayaan,kecantikan,kebijaksanaan
tanpa kita faham bahawa semua itu adalah bentuk ujian pada kita dari Allah

************************

Kadang-kadang kita terlalu seronok dengan kehidupan dunia dan terlalu mengejarnya
tanpa kita sedar bahawa dunia hanya sementara dan kita hanya pelakonnya sahaja

1 komen:

  1. najeera said...:

    alhamdulillah..
    gbah suka post ni husna~

Post a Comment