CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ada Apa Pada Tarikh 26 NOV???

Sunday, November 28, 2010
Tanggal 24 Nov 2010,tepat jam 11:26pm....
ak mnerima sms daripada naqibahku...

HATI-HATI ANGKA 'keramat' 26......!
26 Disember 2006=Tsunami di Acheh
26 Mei 2006=Gempa di Jogja
26 Jun 2009=Gempa di Tasik Malaya
26 Oktober 2010=Tsunami di Mentawi
26 Oktober 2010=Merapi meletus

Ada apa dengan 26???
ternyata dalam Al-Quransurat ke-26(asy-syu'ara) yang di dalamnya diceritaka tentang azab Allah...

Bukan niat untuk menimbulkan huru-hara ataupun kacau bilau di dalam negara Malaysia yang aman damai ini..bukan juga menabur dusta semata-mata...tapi hanyalah sekadar PERINGATAN kepada kita yang kadang-kala sering terleka dengan nikmat dunia...bukan untuk anda semua sahaja tetapi lebih-lebih lagi untuk saya yang hanyalah hamba Allah yang sering lalai dan alpa...KIAMAT adalah pasti...tidak dapat tidak kita tetap akan menghadapinya..mungkin jumaat ni,jumaat minggu depan...siapa tahu...Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Hasbunallahu wa ni'mal wakil...
Buat renungan dan pengajaran bersama...

Selamat Berperang KU vs KS

Lama sudah tidak mengetuk papan kekunci laptop ak nih...dan lama juga la x meng’update’ log nih..

Tapi kali ni rasa ingin berkongsi tentang keadaan dunia sekarang. Entah kenapa hari ni rasa ingin tahu semakin tinggi apabila melibatkan Semenanjung Korea.

Timbul pergolakan antara Korea Utara(KU) dan Korea Selatan(KS).Sebenaranya pergolakan antara KU dan KS ini sudah lama berlaku sejak 1950 kalau x silap..Punya bangsa sama. agama sama. tanah sama. Tapi apa beza mereka ek? beza mereka adalah dari segi Fahaman & Pengaruh. KU dengan fahaman komunis nya yang pernah menjadi adik angkat kepada Kesatuan Soviet dulu dan KS pula dengan fahaman kapitalis mereka yang cenderung terhadap Barat. Tapi sejak 2 hari yang lepas,salah faham antara 2 negara ni jadi semakin meruncing bermula insiden serangan KU terhadap Pulau Yeonpyeong pada 23 Nov lalu telah meragut 4 nyawa termasuklah 2 orang awam [Link] dan 2 orang tentera KS dan insiden 'Cheonan Karam' pada 26 Mac lalu juga telah meragut 46 nyawa..pihak KU menafikan sekeras-kerasnya bahawa torpedo KU yang bertanggungjawab menenggelamkan Cheonan tersebut..

Then,beberapa hari selepas serangan mengejut altileri-altileri Korea Utara ke-atas pulau Yeonpyeong , pihak korea selatan dilaporkan menambah pembelian senjata,kereta kebak dan pesawat pelbagai guna daripada US.Jadi,adakah US SENGAJA melibatkan diri dan mengambil kesempatan dari konflik untuk menerima keuntungan hasil penjualan senjata???tak dapat nak sangkal lagi kesahihannya..setiap yang US rancang adalah demi kepentingan mereka.Mengapa la seperti yang kita lihat,Amerika ni sentiasa ada dalam setiap siri kejadian yang berlaku di dunia sekarang nih..hish!!

Rentetan peristiwa:
Korea Utara vs Korea Selatan= rebut pulau...
Rusia vs Jepun =rebut pulau...
Jepun vsChina =isu perlanggaran kapal dan pembahagian perairan..
Jadi datanglah HERO kononnya,dengan propanganda ingin menolong yang lemah
US = mengapi-apikan keadaan

Dengan bantuan US lah Perang Dunia ke 3 akan meletus..merupakan perang teknologi dan nuklear...Tidak mustahil dan mmg betul pun kalau berlakulah perang di Korea ni,US bukannya turut serta untuk membantu tapi merekalah puncanya..

Tidak puas amalannya menganggu gugat orang Islam,kini nak jadi punca tercetus perang plak..



Kadang-kadang

Tuesday, November 23, 2010


Kadang-kadang kita fikir apa yang kita lakukan adalah yang terbaik dalam hidup ini
tanpa fikir yang perancangan dan perlaksanaan Allah nadalah yang terbaik

************************

Kadang-kadang kita cuba untuk berbuat baik dengan semua orang
tanpa kita tahu orang tersebut salah faham dan mempunyai niat buruk terhadap kita

************************

Kadang-kadang kita harap kita mempunyai kehidupan lebih baik
tanpa kita faham bahawa kehidupan kita adalah ujian daripada Allah

************************

Kadang-kadang kita mengeluh dengan nasib buruk yang menimpa
tanpa kita lihat orang di bawah kita yang hidup melarat lebih dari kita

************************

Kadang-kadang kita terlalu mengejar kekayaan harta benda
tanpa kita hirau terhadap kemiskinan hati kita

*************************
Kadang-kadang kita fikir untuk mengecap bahagia
tanpa kita ketahui erti sebenar bahagia tersebut

************************

Kadang-kadang kita sangat pandai memberi pendapat dan pandangan kepada orang lain
tanpa kita sedari masih terdap banyak masalah kita yang belum menemui jalan penyelesian

************************

Kadang-kadang kita fikir bahawa itu adalah usaha kita bila kita mengecap kejayaan
tanpa kita bersyukur bahawa nikmat tersebut dari Allah

************************

Kadang0kadang kita fikir apa salah kita bila Allah cuba menguji kita
tanpa kita sedar bahawa Allah amat menyayangi kita dan sentiasa ingat pada kita

************************

Kadang-kadang kita terlalu berhati-hati dalam menjalani kehidupan 
tanpa kita tahu bahawa kegagalan adalah pengalaman yang amat berguna

************************

Kadang-kadang kita terlalu megah dengan apa yang kita ada,kekayaan,kecantikan,kebijaksanaan
tanpa kita faham bahawa semua itu adalah bentuk ujian pada kita dari Allah

************************

Kadang-kadang kita terlalu seronok dengan kehidupan dunia dan terlalu mengejarnya
tanpa kita sedar bahawa dunia hanya sementara dan kita hanya pelakonnya sahaja

Suasana Banjir di Kedah

Tuesday, November 9, 2010

 Tanggal 31 Okt,hujan turun x henti2 selama 2 hari....suasana agak sejuk.... semua orang risau terutamanya kawasan yang selalu ditenggelami air...banjir kali ni memang yang apaling teruk berbanding kejadian banjir pada tahun 2005...

Pekan Jitra yang x pernah ditenggelami air pun mengalami banjir juga...highway pun tenggelam...siap orang kampung bawa jala lagi pegi menjala ikan atas highway...kuasa Allah....



hampir 3/4 kawasan kubang pasu,pendang dan changloon ditenggelami air...air mmg deras...setelah beberapa hari,air bergerak ke kawasan kota star.... penduduk kawasan jitra dah balik dari tempat penempatan banjir dan basuh rumah,penduduk kawasan alor star pula dipindahkan ke tempat penempatan tu.... banyak jugak la organisas2 kerajaan dan NGO yang turun untuk menghulurkan bantuan....


Ni plak suasana selepas banjir...memang lumrah manusia la...pantang ada sales sikit mesti penuh,sesak,padat dan macam2 lagi...macam2 dijual especially pakaian la...rezeki memang tidak akan ditolak...tambah2 hari raya haji bakal menjelma...nak tempah baju memang tukang jahit tolak sebab kedai masuk air....so beli la yang siap da....murah plak tu...



ujian ataupun balasan?????terbaca dari sebuah majalah...Bagi yang berdosa,bala ini adalah ujian untuk membersihkan dosa.bagi yang taat dan soleh,bala yang menimpa kerana Allah ingin mengurniakan pahala serta darjat yang lebih tinggi di dunia dan di akhirat...

kadang2 terfikir jugak,adakah ini petanda akhir zaman???tidakkah anda perasan,kebelakangan ini berlaku begitu banyak bencana alam...banjir di vietnam,thai,Malaysia...letusan gunung berapi di Indonesia....taufan di haiti....mungkin ini satu petunjuk,amaran atau peringatan dari Allah kepada hamba2Nya yang lalai....kata seorang ahli sufi,"Tuhan sering mengingatkan manusia dengan 'melontar' batu2 kecil,tetapi jika peringatan itu diabaikan,Tuhan mula 'melontar' dengan batu2 besar. Dan jangan tunggu hingga dihempap gunung untuk kita mula berubah"...renung2kanlah.....Wallahu'alam