CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Aku Sudah Bertunang...

Saturday, July 31, 2010
Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”
Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”
“Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat.”
“Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”
Aku tiada jawapan khusus.
“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.
“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…
“Usah berlebihan ya…”
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
“Insyirah, jom makan!”
Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
“Tafaddal, ana puasa.”
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”
“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itusahaja.

…………………………………..................................................................

“inna lillahi wainna ilaihi rajiun…”
“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”
“Ya Allah, tenangnya…”
“Moga Allah memberkatinya….”
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…
“Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?”
Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”
“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”
Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.
“Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”
“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

Betapa tabahnya Insyirah menerima ketentuan Ilahi....,
Betapa bersedianya beliau untuk bertemu dengan Pencipta....,
Betapa  kuatnya beliau walaupun tahu saat-saat kematiannya....,

Subhanallah..

Macam mana dengan kita???
Bersediakah kita menerima ketentuannya???
Bersediakah kita untuk bertemu dengan Allah???

Wallahu'alam...

Credit to Fathul Bari

SUMBANGAN UNTUK PALESTIN

Tuesday, July 13, 2010
Aman Palestin Berhad,
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: +603 89267019
Fax: +603 89259963
e-mail: amanpalestin@yahoo.com
Laman WEB: www.amanpalestin.org

Sebarang sumbangan kewangan disaluran berikut:
(Dana Sumbangan & Derma)
Bank Islam Malaysia Berhad: 12029010047880

Maybank Malaysia Berhad: 562263010787

UIA pilihan hatiku

Thursday, July 1, 2010
 

Alhamdulillah....Allah telah meletakkanku di tempat yang aku mahu dan tempat yang Dia  rasakan aku akan memperolehi sesuatu...Kadang-kadang tu rasa jealous la jugak bila ramai kawan yang dapat offer pergi belajar ke luar negara..Ye la. boleh tambahkan pengalaman dan belajar cara hidup orang kat sana... tapi bila difikirkan semula,memang rasa bertuah sangat dapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..Bak kata orang kita patut bersyukur ngan apa yang kita ada..Ada hikmah Allah letakkanku di sini..Memang ada hikmah...dan hikmahnya aku dapat rasakan sekarang..



Sekarang ni dah sem last kat Matrik Uia PJ..rasa macam sayang nak tinggalkan tempat ni..walaupun x de la secantik mana,tapi banyak kenangan yang telah tercipta kat sini...hati rasa berat je nak tinggalkan bumi Petaling Jaya ni..tapi x dapat dinafikan memang rasa teruja dan x sabar-sabar nak jejakkan kaki ke main campus di Kuantan..


Banyak yang telah aku lalui selama hampir setahun lebih dah berada di sini...dapat rasakan suasana Islamic di sini...walaupun orang kata semua universiti ni sama je kat mana-mana pun..tapi walaupun x dak lah terjaga mana suasananya tapi kita akan dapat rasakan juga suasana Islamicnya di sini..ye la!!universiti Islam la katakan...

memang nak dikatakan di sini...ak memang telah ditarbiahkan oleh tempat..banyak perkara yang aku pelajari kat sini..Adakah aku betul-betul menutup aurat dengan sempurna sebelum ni..Adakah aku memahami semua pelajaran Syariah Islamiah  dan Quran Sunnah yang ak pelajari sebelum ni di sekolah lama ketika ak berada di Tingkatan 4..teringat zaman tu...masa tu,memang banyak benda aku tak tahu...dah la tak tahu,malu nak bertanya pulak tu...tu la orang kata bodoh sombong...malu bertanya sesat jalan..tapi tak la nak kata sekarang ni dah tahu banyak benda...banyak lagi...memang banyak...tersangat banyaknya benda aku tak tahu....



walaupun ak tak dapat nak praktikkan semuanya dalam kehidupan seharian aku..tapi setidak-tidaknya,aku dalam proses belajar lagi sekarang.. banyak perkara yang aku pelajari kat sini...dengan kehadiran pelajar-pelajar yang pentingkan biah sOlehah terutama pelajar DQ,memang semua terjaga..bukan nak kata terjaga sepenuhnya..tapi dapat dibendung la..pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..memang akan ditegur oleh campus buddies...bagus la...tapi bukan aku la...aku menang takut nak tegur orang..takut nanti aku pulak yang terkena..Nauzubillah...di sini,hanya menceritakan pengalaman orang lain je..diri masih tak mampu nak melakukan semua tu..ye2..btul!!kita kena sampaikan walaupun dengan sepotong ayat..tapi ak rasa memang aku tak layak...banyak lagi benda yang perlu diperbaiki dalam diri ini terutamanya hati...



eh!!termasuh cerita ni plak..x pe..sebagai perkOngsian..nak cerita pasal suasana MATRIK UIA PJ sebenarnya...suasananya x de la cantik mana pun..kelas2 biasa je..tapi kedudukannya memng strategik di tengah bandar..dikelilingi kawasan perumahan yang besar2 dan tinggi2..cantik!!!berdekatan denga Jaya One..tempat perniagaan terkenal..berdekatan juga dengan Universiti Malaya..

Akhir sekali,peringatan kepada semua adik2 1st year yang baru je dah sebulan mendaftar kat sini...bersyukurlah...walaupun adik2 tak nampak lagi kebaikannya sekarang,adik2 akan nampak juga..InsyaAllah..wlaupun ada sesetengah junior yang dipaksa belajar di sini oleh ibu bapa,ingatlah mak ayah kita tahu apa yang terbaik dan mahu yang terbaik untu anak-anak...redha Allah terletak pada redha ibu bapa..jadi  bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang,di mana kita berada sekarang dan denagn takdir yang telah Allah tetapkan pada kita...



Wassalam...