CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

MCLEAD MRC 2013

Sunday, February 3, 2013
SUBHANALLAH.SUBHANALLAH.SUBHANALLAH.

Hampir satu setengah tahun tak meng'update' blog ini. MasyaAllah, bersifat pemalaskah pemiliknya? Mungkin. Tiada 'mood' kah u ntuk bercerita? Mungkin.

Alhamdulillah, hari ini tergerak hati dan diberikan peluang oleh Allah untuk bercerita dan berkongsi.

31 Januari 2013- 02 Februari 2013. 
Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak.

Tika mana orang lain masih ceria menghabiskan cuti di kampung, kita di sini sudah mengangkat beg yang berat meninggalkan rumah terchenta. Tika orang lain tersenyum gembira menghabiskan masa bersama keluarga dan makan masakan ibu, kita di sini menaiki bas menuju ke tempat program.

McLead for MRC (Mahallah Representative Committee) of IIUM.

Bertemakan :

"NURTURING HOLISTIC LEADERS THROUGH EXAMPLE"

Wakil MRC Talhah, Tabari dan Maimunah, IIUM Kuantan

Wakil MRC, IIUM Gombak dan Kuantan

Alhamdulillah, syukur sangat diberi peluang untuk mengikuti program seumpama ini. Rasa sangat-sangat berbaloi mempertaruhkan cuti di sini. Hilang terus rasa cemburu pada kawan-kawan yang masih lagi bercuti. Alhamdulillah. Tergerak hati untuk mengjadikan pengalaman ini sebagai satu cerita kerana rasa sangat rugi jika tidak berkongsi input-input yang diperolehi.

Program yang sangat santai tanpa perlu duduk di kerusi dan mendengar sepanjang hari. Hari pertama sudah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan fizikal. Semangat kerjasama, ukhwah, bertindak segera, menjadi 'initiator' dan strategi yang dipelajari bukan secara teori tetapi secara praktikal sepenuhnya.

1. 'Ice breaking session'
Selepas 'check-in' bilik, terus sahaja berkenalan dengan para peserta. Cara berkenalan adalah secara beraktiviti. dengan hampir jumlah peserta seramai 250 orang, kami diasingkan lelaki dan perempuan. Diminta melakukan satu bulatan besar sambil berpegangan tangan. Kami disimpulkan seperti tali dan dimita melepaskan simpulan tersebut tanpa melepaskan tangan. Kerjasama dan startegi sangat diperlukan. Alhamdulillah, simpulan berjaya dilepaskan dalam masa kurang 8 minit.

2. 'Treasure hunt'
Ibarat mengukur tanah di seluruh kawasan felda tersebut. Keluasaannya bisa mematahkan kaki (hiperbola,haha). Diminta mencari nombor kumpulan di tempat yang digambarkan melalui 'clue'. Kemahiran membaca peta dan memahami 'clue' sangat-sangat diperlukan. Salah satu strategi dalam aktiviti ini adalah elakkan bergerak secara satu kumpulan sahaja. Bergerak secara beramai-ramai dengan ahli kumpulan yang lain kerana pencarian menjadi lebih senang dengan tenaga manusia yang ramai. Kalau satu kumpulan terjumpa, semua akan terjumpa. Salah satu pengajaran bagi kumpulan kami.

3. 'Explorace'
Belum pun hilang kepenatan ber'treasure hunt', esoknya sekali lagi mengukur tanah felda. Aktivi kali ini lebih mencabar dan boleh dikatakan sangat lasak. Melakukan latihan secara komando dan paling tidak boleh dilupakan adalah terpaksa terjun ke tasik untuk mengambil 'clue' sebagai penunjuk 'checkpoint' seterusnya. Dengan air tasik yang seperti air teh ais, dasarnya memang tidak boleh dibayangkan. Bergantung sepenuhnya kepada Allah. Bergerak dari satu 'checkpoint' ke 'checkpoint' seterusnya dan Alhamdulillah, kekecewaan semalam dapat dibalas.

4. Slot Amin Idris Training Consulatant.
Boleh dikatakan kemuncak kepada program ini. Input-input yang sangat berguna kepad semua peserta. Sedikitpun mata ini tidak layu dengan perkongsian yang diberikan. Menyelami modul MAGNET DIRI, sangat-sangat membantu untuk dipraktikkan sebagai peminpin. Saudara Amin Idris bukan sahaja berkongsi tip-tip untuk diri sendiri dalam membentuk seorang pemimpin tetapi matlamat organisasi itu sendiri dalam merangka program-program. Modul-modul yang diperkenalkan.

ANALOGI, ENERGI & SINERGI

A) Analogi
Seorang pemimpin bukan seorang yang bersikap memberi arahan. Semua 'leaders' adalah peminpin tapi tidak semua pemimpin adalah 'leaders'. Pemimpin hanyalah satakat gelaran yang diberikan jika memegang suatu jawatan tetapi 'leader' adalah gelaran bagi seseorang yang berjaya menggunakan jawatan tersebut secara sebenarnya. Tetapi lebih daripada itu. seorang pemimpin adalah seseorang yang mempunyai pengaruh dari orang sekekliling secara tanpa dipaksa. Dan pengaruh itu hanya dapat diperolehi daripada personaliti pemimpin itu sendiri. Macam mana kita sebagai pemimpin menghormati orang lain dan anak buah kita, macam mana kita sebagai pemimpin berinteraksi dengan orang lain. Kuasa dan ilmu sebagai pemimpin juga penting tapi tidak sepenting personaliti kita sendiri. Hormatlah jika mahu dihormati. The say goes " What you give, you get back".

"Leadership is a Process"
"Leadership is Possession not Position" 
(John C. Maxwell)

B) Energi
Seorang pemimpin perlu fokus. Fokus kepada apa yang kita ada dan apa yang kita nak capai. Setiap orang punya sifat positif dan negative sendiri tapi macam mana kita mempositifkan sifat negatif itu adalah penting. Jika disenaraikan sifat positif dan negatif yang kita miliki, tidak menjadi masalah jika sifat negatif adalah lebih banyak tetapi macam mana kita membendung sifat tersebut dan mengatasinya denga sifat positif kita. Caranya cukup senang iaitu fokus kepada kekuatan yang kita ada dan jadikannya lebih kuat. Macamana nak jadikannya lebih kuat. 'Continous Learning and Practise'. 'Practise makes Perfect". Saudara Amin menekan untuk mempunyai visi atau matlamat tersendiri. Dan matlamat yang ditetapkan mestilah besar. "Dream Big". 'How to create dream? Imagination! With imagination, there will be idealism, emotion and action. When we have the dream, focus on it!, Fight for it!, Don't give up!, and Never Say Never!.

"Imagination is more important that knowledge"
(Albert Einstein)

C) Sinergi
Seorang pemimpin perlu membentuk hubungan yang baik dengan anak buah dan orang sekeliling. Hormatlah untuk dihormati. Apa yang penting jangan buat 'pre-judgement' atau ber'su'uzhon' kepada orang lain. Apa yang kita lihat dan nampak tidak semestinya apa yang terjadi. Cara untuk mengatasi penyakit selalu berprasangka adalah "seek first to understand to be understood".

Pada akhir sesi, semua peserta diminta memberikan apa yang telah dipelajari sepanjang sesi bersama Sadara Amin Idris. Kita sendiri telah menyenaraikan dengan penuh semangat berkobar-kobar dan membahagikannya kepada dua kategori iaitu kebaikan kepada diri sendiri dan kebaikan kepada organisasi.

1. Diri sendiri
-Setiap orang adalah berbeza dan unik, punya kelebihan dan kelemahan, fokuslah kepada kelebihan dan kekuatan diri.
-terima orang lain seadanya, bukan dengan kehendak kita.
-membina personaliti ke arah mencipta pengaruh

2. Organisasi
-program perlu ada matlamat yang tinggi dan matlamat tersebut perlu difokuskan
-Membuat perbezaan dan kreatif. bukan menggunakan idea yang sama.
- setiap program perlu ada KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur tahap kejayaan program tersebut.

Pesanan Saudara Amin Idris: Berharap agar apa yang dikongsikan bukan hanya disimpan di dalam nota semata-mata. PRAKTIK!