CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Something is Better Than Nothing

Thursday, July 14, 2011
Sharply at 12.55 am(Friday)

Just finished Versus by Hlovate




Sangat2 memberi impak yang mendalam dalam hati

Oleh kerana membeli buku ni semasa Pesta Buku dulu,
So,dapatlah tandatangan Hlovate berserta kaata2nya sekali,

Kata-kata yang tertulis :
Buat 'awak' yang mahu berubah,
Berubahlah walaupun payah,
Berubahlah, ke arah hidup lebih indah,
Hidup dan masa muda sekali cuma,
Sanggup nak sia-siakan tanpa redha-Nya.

May Allah Bless

Ada la sedikit sebanyak benda yang boleh 'cope' dari cerita dalam buku ni,
Ianya bukan sekadar cerita perasaan dan hati tapi,
lebih kepada menghadapi kehidapan yang bertentangan dari rutin biasa (VERSUS)
Bagi orang yang sedang dan sentiasa belajar macam diri ini memang kena la kalau baca buku ni.

Teringat quote2 dalam buku nih,

'You'll never reach perfection because there's alwaysroom for improvement.
Yet, along the way to perfection you'll learn to get better.

Something is Better Than Nothing

uh!Terkesan di hati..:)

New Version of Ayam Goreng Berempah

Wednesday, July 13, 2011
04Lets share a new recipe,

AYAM GORENG BEREMPAH




Resepi ni x de la susah sangat,tapi sangat2 berguna untuk orang malas macam saya ni...hari2 x tau dah nak buat ayam masak apa..balik2 ayam goreng,masak pedas,masak kicap,gulai...bosan!
So, ayam goreng berempah ni sangat2 membantu. Jom kita pakat2 try..

Bahan2 :

Ayam la kan,xkan udang kot.(seekor)
Rempah daging (sebungkus)
Serbuk ketumbar(jangan banyak sangat)
*Serai (3 batang nak bagi wangi)
*Bawang putih (8 ulas)
*Halia
*Halba(ikut logik)
Sos Tiram
Tanda (*) tu kena kisar sampai lumat...Masa kisar,jangan letak air banyak2,takut cair plak..

Then,buat la:

Firstly, ayam yang dah dicuci sebersih2nya tu digaul ngan bahan kisar. Then, gaul plak ngan rempah daging dan serbuk ketumbar seterusnya sos tiram. Gaul hingga sebati dan biarkan(lagi lama,lagi bagus). Then, goreng sampai keperang-perangan.

Seeloknya,marinate hari ni,esok goreng. Baru sedap.Akan rasa semua bahan dalam ayam tu sebab bahan2 dah meresap masuk dalam ayam tu.Ayam ni kita boleh simpan lama2 sikit,tapi jangan sampai seminggu la. Ok,selamat mencuba!

Our Fight

2 months 3 weeks 2 days.....

The total times that passed since the holidays started...

Nothing much to be bragged about my holidays...
Thousands Several of books to be finished,
Millions  Many of new recipes to be learnt,
A lot of things to be done,
And the more important thing,
Billions of spirit and strength to be charged as a preparation for the next semester which will be though for a person like me, I guess...

The experiences during this holiday teach me the real meaning of  struggle and fight. As a university student, we might think  that our fight is only for the good result in exam,for the high CGPA, but we had another responsibility actually as the future generation. We are the assets of the nation that will recolor our nation system.

Where are us when other citizens fight for the justice?
What are we doing when some of our friends voice out for democracy?
Where are us when the people scream for the human right?

Choose:
We are studying
We are sleeping
We are just watching

We are the one who just watching when the elders fight for the future generations,for our generation. Stop watching and ready to fight back. No one can help us except ourselves.

Allah had stated in the Al-Quran :

"...Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..."  
[Ar Ra'd : 11]

Some people may not understand what am I talking about. But this may be important to some people and also nothing to do with some people ( for those who doesn't care at all), I guess..Find back our true purpose of life.InsyaAllah.

Pesta Buku! Pesta Buku! Pesta Buku!

Friday, April 22, 2011

Pesta buku! Pesta buku! Pesta buku!

Teruja rasa hati nak mengunjungi pesta buku tahun ni...

dah lama rasa tak pergi kedai buku dan melihat buku-buku.Sanggup bermalam selama seminggu di CFS dan pulang lewat ke kampung bersama kak wani semata-mata nak pergi pesta buku di samping melawat CFS dan kawan-kawan terchenta.

Punya la awal menjejak kaki ke ke PWTC pada hari pertama,lebih kurang pukul 10.30 pagi,setengah jam selepas dibuka secara rasmi. Ingatkan kami je yang eager nak pergi ke pesta buku tapi ramai lagi rupanya warga CFS yang pergi awal-awal buta nih...tidak dapat disangkal warga UIA memang ulat buku.

Memandangkan tidak banyak masa yang dapat diluangkan di sana kerana kami akan bertolak pulang ke Kedah pada pukul 12.00 tghr, aku memang dah list siap-siap la buku apa yang nak beli.Jadinya,sesampai sahaja di sana,memang kami terus menuju ke booth PTS la.

cari punya cari,banyak lagi buku yang tak sampai lagi,kecewanya hati. buku yang dicari tak ada.Tapi tidak apa..

kata kak wani,
"jangan terlalu gopoh membeli sesuatu walhal banyak lagi yang kita tidak gunakan.."
maksudnya : jangan terlalu gopoh membeli sesuatu padahal buku yang dibeli di pesta buku tahun lepas pun tidak terbaca lagi..hehe..

ok xpe la...nanti boleh pesan kat kawan-kawan.

tapi memang aku tak nafikan tentang diri aku ni..
aku bukan seorang yang boleh dikatakan rajin membaca la.memang betul.kalau pegang buku untuk dibaca,pasti tertidur selepas itu. Baru pegang,Tak baca lagi..hish2..macam mana nak lahirkan masyarakat yang berkualiti kalau macam ni. Tapi aku suka melihat buku-buku yang banyak dan beli.

so,
I'm not a good reader, but I'm a good collector.
(Really suit me!)

Habis tu macam mana boleh amik aliran sains nih..ntah la,saya pun musykil..itulah yang dikatakan exam oriented.memang buku Biologi yang tebal2 tu dipegang semasa exam.

tapi apa gunanya punya buku-buku tapi tidak dibaca. sangat membazir.Nanti apa jawapan yang perlu diberi kepada Allah. Kenapa perlu liat sangat nak membaca walhal membaca merupakan pintu gerbang segala kebaikan(bergantung pada jenis bacaan la). Semua kebaikan bermula dengan ilmu. 

Wahyu yang diturunkan ke atas nabi Muhammad bermula dengan suruhan membaca bagi menguasai ilmu kerana dengan ilmu insan mengatasi makhluk-makhluk lain. 

Allah berfirman dalam surah al-Alaq ayat 1 hingga 5,
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" 

cuti ni punya azam juga,
nak habiskan buku-buku yang dibeli.mesti dihabiskan.memang akan dihabiskan.pasti habiskan.titik.

Memang kena habiskan : 
  1. Armagedon 2010
  2. Quran Saintifik
  3. Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW
  4. Muhammad Al-Fateh
  5. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
  6. Cinta di Langit GAZA
  7. Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad
Fuh!~xdak la banyak sangat jika nak dibandingkan dengan 5 bulan cuti ni.xkan satu buku perlukan sebulan kot nak habiskan..tapi kalau saya mungkin,hehe...tapi memandangkan semua buku ini memang aku minat,aku rasa memang xdak masalah la...InsyaAllah.. aku boleh...

Nah!ni video untuk kita sedar betapa pentingnya membaca..

 

Ulasan video : 
Hish!malu la kat baby dalam video ni kalau kita malas nak baca. Baby ni tetap baca buku tu walaupun dia tak faham sikit habuk pun apa yang dibaca. Semangatnya perlu dicontohi. Jom budayakan diri kita dengan membaca semasa cuti ini.

p/s : thanks so much kak wani, for the free transport to Kedah. 
really2 appreciate it.

Happy Anniversary&Birthday

Thursday, April 7, 2011
Subhanallah....

Alhamdulillah...
Dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu dua insan yang amat penting dalam hidupku,yang banyak memberi aku semangat kepadaku ketika aku rasa down,yang banyak mendoakan aku dan yang banyak berkorban demiku...Setelah lebih 3 bulan tidak bersua,hanya suara menjadi pengubat rindu dari jauh,hari ini bertemu jua...

Terima kasih mak&abah

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-23
07 April 1988 



Semoga cinta mak&abah berkekalan hingga ke syurga

DAN

Terima kasih mak kerana melahirkan kakak pada hari yang sama...
hmmm...memang kebetulan betul...

apapun,

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-20
07 April 1991

wahh...dah melalui fasa awal 20-an dah...pertukaran fasa belasan tahun...agak tidak percaya dengan perubahan ini kerana memikirkan tahap kematangan..huhu

Apabila dah bertambah umur,semakin berkuranglah usia bukan bertambah...semakin dekat kepada kematian...Allah~lemahnya hambaMu ini...apa yang telah dilakukan selama 20 tahun ini...

Mungkin ramai yang seronok menyambut hari lahir dengan pelbagai kejutan...tapi bagiku,apalah yang hendak diseronokkan apabila memikirkan amalan-amalan sendiri sepanjang 20 tahun yang telah berlalu...apa amalanku untuk Islam,apa tindakanku untuk membalas jasa mak&abah
apabila memikirkan keadaan diri yang banyak kekurangan,tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu...malunya  pada Allah...tapi apalah sangat malu dan menyesal tanpa bertindak...

Setelah menghadiri talaqi Al-Fadhil Ustaz Muhadir, baru ku sedar betapa ruginya waktu-waktuku dulu..
"Allah menyukai orang yang banyak berfikir..."
dan
"Orang yang banyak berfikir adalah orang yang tidak banyak bercakap..."
kerana lidah+percakapan lah banyak menyembamkan manusia ke dalam neraka

Dushhh....memang terkena pada batang hidung sendiri la...nak menangis rasa
Selama 20 tahun, berapa sangatlah perkataanku yang memberi manfaat kepada orang lain..

lalu ku meminta tolong seorang kawan  untuk membantuku mengurangkan percakapan sia2...
"xpa..kita belajar slow2..."kawanku memberi semangat.

Jadinya, aku berazam untuk mengurangkan kata2ku yang sia2,yang tiada pokok dahan dan isinya..
dan ak tahu perubahan ini tidak akan berubah secara drastik melihatkan keadaan diri yang sentiasa terlupa dan alpa, jadinya akan senang lidah ini untuk berkata-kata..:(

Rasulullah bersabda : 
terdapat sesetengah perkara yang perlu dipaksa sebelum ianya menjadi darah daging kita sendiri..


Formula Hidup Ceria

Monday, March 14, 2011
jam 2.50 pagi
dah dekat 2 bulan rasa x post entry baru...

Sehinggalah tadi masa jalan nak dengar talk,
alya tegur "husna,lama betul ko x update blog"
"lama ka??ak sibuk la..x de masa..."
sebenarnya memang sibuk tapi x de la sampai x de masa langsung...facebook bley je...yang sebenar-benarnya MALAS...

Nak kongsi ckit pasal formula sorang ustaz, Ustaz Abdul Rahman namanya...kalau tengok ustaz tu bagi ceramah,memang terserlah beliau punya keceriaan. lawak je memanjang...Ustaz sangat positive thinking dan ber'husnuzon' dengan semua orang.

FORMULA HIDUP CERIA
  • Jangan tinggal solat berjemaah. Mungkin agak susah nak sola bagi setiap waktu..tapi tetapkan dalam diri kita at least Maghrib dan Isya',kita boleh.
  • Jadikan solat Dhuha sebagai pakaian hidup.
  • Tahajud sebagai amalan hidup.
  • Kuatkan amalan fardhu dengan solat sunat
  • Mesti baca Quran walaupun satu muka surat

Seven Habits of Highly Effective People

Friday, January 14, 2011

By : Steven R. Covey


 1. Be Proactive
"Taking initiative does not mean being pushy, obnoxious, or
aggressive. It does mean recognizing our responsibility to make
things happen."

2. Begin With the End in Mind
"(This habit)...is based on imagination-- the ability to envision, to see the potential, to
create with our minds what we cannot at present see with our eyes..."

3. Put First Things First
"Create a clear, mutual understanding of what needs to be accomplished, focusing on
what, not how; results not methods. Spend time. Be patient. Visualize the desired result."

4. Think Win-Win
"Win-Win is a frame of mind that constantly seeks mutual benefit in all human
interactions. Win-Win means that agreements or solutions are mutually beneficial and
satisfying."

5. Seek First to Understand, Then to Be Understood
"'Seek First to Understand' involves a very deep shift in paradigm. We typically seek first
to be understood. Most people do not listen with the intent to understand; they listen with
the intent to reply. They're either speaking or preparing to speak. They're filtering
everything through their own paradigms, reading their autobiography into other people's
lives."

6. Synergize
"Synergy works; it's a correct principle. It is the crowning achievement of all the previous
habits. It is effectiveness in an interdependent reality-- it is teamwork, team building, the
development of unity and creativity with other human beings."

7. Sharpening the Saw
"This is the habit of renewal...It circles and embodies all the other habits. It is the habit of
continuous improvement...that lifts you to new levels of understanding and living each of
the habits."


From : [LINK]