CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pesta Buku! Pesta Buku! Pesta Buku!

Friday, April 22, 2011

Pesta buku! Pesta buku! Pesta buku!

Teruja rasa hati nak mengunjungi pesta buku tahun ni...

dah lama rasa tak pergi kedai buku dan melihat buku-buku.Sanggup bermalam selama seminggu di CFS dan pulang lewat ke kampung bersama kak wani semata-mata nak pergi pesta buku di samping melawat CFS dan kawan-kawan terchenta.

Punya la awal menjejak kaki ke ke PWTC pada hari pertama,lebih kurang pukul 10.30 pagi,setengah jam selepas dibuka secara rasmi. Ingatkan kami je yang eager nak pergi ke pesta buku tapi ramai lagi rupanya warga CFS yang pergi awal-awal buta nih...tidak dapat disangkal warga UIA memang ulat buku.

Memandangkan tidak banyak masa yang dapat diluangkan di sana kerana kami akan bertolak pulang ke Kedah pada pukul 12.00 tghr, aku memang dah list siap-siap la buku apa yang nak beli.Jadinya,sesampai sahaja di sana,memang kami terus menuju ke booth PTS la.

cari punya cari,banyak lagi buku yang tak sampai lagi,kecewanya hati. buku yang dicari tak ada.Tapi tidak apa..

kata kak wani,
"jangan terlalu gopoh membeli sesuatu walhal banyak lagi yang kita tidak gunakan.."
maksudnya : jangan terlalu gopoh membeli sesuatu padahal buku yang dibeli di pesta buku tahun lepas pun tidak terbaca lagi..hehe..

ok xpe la...nanti boleh pesan kat kawan-kawan.

tapi memang aku tak nafikan tentang diri aku ni..
aku bukan seorang yang boleh dikatakan rajin membaca la.memang betul.kalau pegang buku untuk dibaca,pasti tertidur selepas itu. Baru pegang,Tak baca lagi..hish2..macam mana nak lahirkan masyarakat yang berkualiti kalau macam ni. Tapi aku suka melihat buku-buku yang banyak dan beli.

so,
I'm not a good reader, but I'm a good collector.
(Really suit me!)

Habis tu macam mana boleh amik aliran sains nih..ntah la,saya pun musykil..itulah yang dikatakan exam oriented.memang buku Biologi yang tebal2 tu dipegang semasa exam.

tapi apa gunanya punya buku-buku tapi tidak dibaca. sangat membazir.Nanti apa jawapan yang perlu diberi kepada Allah. Kenapa perlu liat sangat nak membaca walhal membaca merupakan pintu gerbang segala kebaikan(bergantung pada jenis bacaan la). Semua kebaikan bermula dengan ilmu. 

Wahyu yang diturunkan ke atas nabi Muhammad bermula dengan suruhan membaca bagi menguasai ilmu kerana dengan ilmu insan mengatasi makhluk-makhluk lain. 

Allah berfirman dalam surah al-Alaq ayat 1 hingga 5,
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" 

cuti ni punya azam juga,
nak habiskan buku-buku yang dibeli.mesti dihabiskan.memang akan dihabiskan.pasti habiskan.titik.

Memang kena habiskan : 
  1. Armagedon 2010
  2. Quran Saintifik
  3. Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW
  4. Muhammad Al-Fateh
  5. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
  6. Cinta di Langit GAZA
  7. Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad
Fuh!~xdak la banyak sangat jika nak dibandingkan dengan 5 bulan cuti ni.xkan satu buku perlukan sebulan kot nak habiskan..tapi kalau saya mungkin,hehe...tapi memandangkan semua buku ini memang aku minat,aku rasa memang xdak masalah la...InsyaAllah.. aku boleh...

Nah!ni video untuk kita sedar betapa pentingnya membaca..

 

Ulasan video : 
Hish!malu la kat baby dalam video ni kalau kita malas nak baca. Baby ni tetap baca buku tu walaupun dia tak faham sikit habuk pun apa yang dibaca. Semangatnya perlu dicontohi. Jom budayakan diri kita dengan membaca semasa cuti ini.

p/s : thanks so much kak wani, for the free transport to Kedah. 
really2 appreciate it.

0 komen:

Post a Comment