CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Happy Anniversary&Birthday

Thursday, April 7, 2011
Subhanallah....

Alhamdulillah...
Dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu dua insan yang amat penting dalam hidupku,yang banyak memberi aku semangat kepadaku ketika aku rasa down,yang banyak mendoakan aku dan yang banyak berkorban demiku...Setelah lebih 3 bulan tidak bersua,hanya suara menjadi pengubat rindu dari jauh,hari ini bertemu jua...

Terima kasih mak&abah

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-23
07 April 1988 



Semoga cinta mak&abah berkekalan hingga ke syurga

DAN

Terima kasih mak kerana melahirkan kakak pada hari yang sama...
hmmm...memang kebetulan betul...

apapun,

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-20
07 April 1991

wahh...dah melalui fasa awal 20-an dah...pertukaran fasa belasan tahun...agak tidak percaya dengan perubahan ini kerana memikirkan tahap kematangan..huhu

Apabila dah bertambah umur,semakin berkuranglah usia bukan bertambah...semakin dekat kepada kematian...Allah~lemahnya hambaMu ini...apa yang telah dilakukan selama 20 tahun ini...

Mungkin ramai yang seronok menyambut hari lahir dengan pelbagai kejutan...tapi bagiku,apalah yang hendak diseronokkan apabila memikirkan amalan-amalan sendiri sepanjang 20 tahun yang telah berlalu...apa amalanku untuk Islam,apa tindakanku untuk membalas jasa mak&abah
apabila memikirkan keadaan diri yang banyak kekurangan,tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu...malunya  pada Allah...tapi apalah sangat malu dan menyesal tanpa bertindak...

Setelah menghadiri talaqi Al-Fadhil Ustaz Muhadir, baru ku sedar betapa ruginya waktu-waktuku dulu..
"Allah menyukai orang yang banyak berfikir..."
dan
"Orang yang banyak berfikir adalah orang yang tidak banyak bercakap..."
kerana lidah+percakapan lah banyak menyembamkan manusia ke dalam neraka

Dushhh....memang terkena pada batang hidung sendiri la...nak menangis rasa
Selama 20 tahun, berapa sangatlah perkataanku yang memberi manfaat kepada orang lain..

lalu ku meminta tolong seorang kawan  untuk membantuku mengurangkan percakapan sia2...
"xpa..kita belajar slow2..."kawanku memberi semangat.

Jadinya, aku berazam untuk mengurangkan kata2ku yang sia2,yang tiada pokok dahan dan isinya..
dan ak tahu perubahan ini tidak akan berubah secara drastik melihatkan keadaan diri yang sentiasa terlupa dan alpa, jadinya akan senang lidah ini untuk berkata-kata..:(

Rasulullah bersabda : 
terdapat sesetengah perkara yang perlu dipaksa sebelum ianya menjadi darah daging kita sendiri..


0 komen:

Post a Comment