CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Motivasi Pagi

Monday, December 13, 2010

Oleh kerana sekarang sudah bergelar mahasiswa secara sah,jadi saya menanamkan azam baru dalam diri saya(harap x hangat2 tahi ayam)untuk belajar..InsyaAllah..sama2lah kita berubah..saya tahu diri saya jenis yang memerlukan motivasi sentiasa.kalau x,saya mudah leka.Jadi kerana saya dah berazam nak berubah,saya search for the things that can motivate me more...sebenarnya kalau nak kata pembakar semangat saya yang paling tinggi adalah ibu bapa..saya tahu kamu semua juga begitu..Ibu bapalah yang akan menyebabkan kita lebih bersemangat untuk belajar dan juga menyebabkan kita homesick..
Tapi sekarang saya bukan nak cerita pasal ibu bapa tapi motivasi umum untuk kita sebagai orang Islam dan hamba Allah yang sentiasa lemah...sama-samalah kita berazam untuk menjadikan hidup kita sehari-hari lebuh bermakna kerana setiap saat yang kita laburkan dalam hidup kita akan ditnya oleh Allah di akhirat nanti..sekarang just nak cakap pasal tujuh perkara yang dapat memotivasikan kita pada waktu pagi..
1-Bersyukur
 Apabila bangun je dari tidur,terus bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita untuk melihat dunia lagi.dalam doa bangun tidur kan ada..
" Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepadaNya kami dikembalikan. "
Bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah berikan kepada...
2-Tekad Bermotivasi  
Setiap pagi,badan fresh,otak fresh so semangat pun mesti fresh.azam mesti tinggi.tanam azam apa kita nak habiskan atau selesaikan hari ini sebelum kita tutup mata semula..InsyaAllah,dengan macam tu kita tak habiskan masa-masa kita untuk benda-benda yang tak berfaedah..dahulukan benda2 yang penting..itulah yang dinamakan fiqh awlawiyyat..benda yang tak penting tapi masih perlu disiapkan,kita KIV jap..
3-Dekatkan diri dengan sesi motivasi
Saya tahu agak susah nak cari sesi2 motivasi macam ceramah ke apa ke...tapi cuba dekatkan diri benda2 yang dapat tingkatkan motivasi..tampal artikel2 yang dapat memberi kita peransang.juga artikel2 pengajaran pada dinding dalam bilik kita..so that,InsyaAllah,kita x mudah terleka..
4-Mulakan setiap kerja dengan bismillah
Sebut nama Allah tanda kita ingat padaNya dalam setiap kerja yang kita lakukan,InsyaAllah,Allah akan sentiasa ingat pada kita..dengan sebutan bismillah juga akan memberi kita keyakinan untuk menyiapkan kerja kita dan yakin Allah sentiasa bersama kita dan melindungi kita..
5-Set target kemajuan diri
Hari ini lebih baik dari semalam..quote yang selalu kita dengar..jika kita gagal semalam,jangan biar kegagalan tu terus menghantui diri..set dalam minda kita,kita akan melakukan yang terbaik pada hari ini..setiap hari,kita mesti berusaha memajukan diri..
6-Lihat warna yang cerah
Warna cerah sebenarnya dapat membangkitkan mood kita pada waktu pagi..tambah2 lagi kalau kita tengok benda yang berwarna-warni...kurangkan tengok warna2 yang dull atau kusam..nanti mood baik kita cepat hilang...
7-Penuhkan hati kita dengan kemaafan
Jika semalam kawan kita ada buat sesuatu yang mengguriskan hati kita,semalam juga kita maafkan dia..jangan simpan lama2 dalam hati...sifat pemaaf,sifat rasulullah.. Allah Maha Pengampun terhadap hamba2nya,lagikan kita sesama hamba...
Motivasi ni bukan untuk anda saja,malah saya adalah orang yang amat2 memerlukan motivasi sehari-hari..kalau nak membangkitkan lagi motivasi yang kian luntur tu,cuba banyakkan mambaca sirah2 Rasulullah dan para sahabat baginda..betapa tingginya azam baginda,pengorbanan baginda...Apalah jika nak dibandingkan dengan kita yang lemah ni..failed paper sikit,nangis,nak balik umah..bukan nak kata pada sesapa,saya pun macam tu...so,sama2lah kita berazam untuk meningkat diri kita....

0 komen:

Post a Comment