CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

BARISAN DI AKHIRAT

Monday, February 22, 2010
Firman Allah;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris
(Surah al-Naba’)


BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan
tidak bertangan dan berkaki.

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
menyakiti hati jirannya.

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk
babi hutan.

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat.

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk
keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang
enggan membayar zakat.

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan
darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag
berdusta di dalam jual beli.

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan
bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang
menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T.

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan
kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu.

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur
tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang
enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan
terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang
berbuat zina.

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan
wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang
memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan
tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang
derhaka kepada ibu bapa.

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan
buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang
meminum arak.

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."

Wassalam.....

dipetik dari http://www.iluvislam.com

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Tanda 40 hari sebelum hari mati

  • Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
  • Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
  • Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
  • Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Tanda 7 hari

  • Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

  • Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
  • Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
  • Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan
Tanda 1 hari

  • Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

  • Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
  • Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
peTANda kePAdaku:

pernah suatu ketika dahulu,saya mendapat salah satu tanda di atas iaitu tanda 3 hari..... pada masa tengah dahi saya berdenyut-denyut,saya tergamam seketika.... saya tahu itu adalah penanda tapi saya x ingat petanda apa.....setelah check semula,itu merupakan tanda kematian.....
Ya Allah......betapa takutnya saya masa itu memikirkan amalan yang tidak cukup untuk dibawa bersama, dOsa yang bertimbun-timbun dan perpisahan dengan orang yang tersayang.Puas saya menangis meminta maaf dari mak abah dan kawan-kawan.Walhal waktu itu bukan masa untuk saya menangis memikirkan itu adalah setiap yang akan dilalui oleh setiap insan dan takdir yang Allah tetapkan....

dan datanglah seorang sahabat saya menasihati.....jodoh,pertemuan,ajal semuanya di tangan Allah....mungkin Allah telah berikan petanda....tapi petanda untuk kita sedar dari nikmat dunia...petanda untuk kita tumpukan perhatian kita sama ke arah akhirat....saya sedar...mungkin sebelum ini saya terlalu lalai mengejar keduniaan....Allah telah berikan penanda untuk menyedarkan saya bahawa kita hidup bukan untuk dunia semata-mata malah...akhirat.....alam yang kekal selama-lamanya.....

selepas itu,saya mendapat sms dari teman...
mengingati TEMAN tanda PERSAHABATA,
mengingati MATI sumber KEKUATAN IMAN,
mengingati AKHIRAT semulia-mulia INGATAN,
mengingati ALLAH itulah KETENANGAN.


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Sunday, February 14, 2010

Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila

berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...

Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .


Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.


2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup Aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar


8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'....Datuk Harussani balas dalam majalah 'MilleniumMuslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'...Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!


-------------------------------------------------------------------------


Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan

lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan

tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


Allahua`ala `alam.


**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...


ini lah apa yang mahu saya sampaikan.."kemusnahan dunia kian hampir" Umat Islam Ibarat telur

di hujung tanduk..menunggu masa di jatuhkan..Bangkitlah wahai umat Nabi

Muhammad.Bangkitlah bersama sama...


~Dipetik dari http://www.mediafire.com/?qmkl2yhwxz2~

Kunci kebahagiaan Dunia & Akhirat

*Kunci Syurga : MengEsakan Allah

*
Kunci Kemualiaan : Taat Kepada Allah Dan Rasul-Nya

*
Kunci Ilmu : Bertanya DAn Mendengar Dengan Baik

*
Kunci kehidupan Hati : Merenungi (tadabbur) al-Quran, Mengadu Kepada Allah Pada Waktu Sebelum Fajar, Dan Meninggalkan Dosa

* Kunci Keimanan : Berfikir tentang Ayat-ayat Allah & Makhluk- makhluk ciptaan-Nya

*
Kunci Kebajikan : Kejujuran

*
Kunci Kemenangan : Kesabaran

* Kunci Rezeki : Berusaha Disertai Dengan Beristigfar Dan Bertakwa

*
Kunci Bertambahnya Nikmat : Bersyukur

*
Kunci Mencintai Akhirat : Zuhud Terhadap Dunia

*
Kunci Agar Dikabulkan Oleh Allah : Berdoa...Dan Bersabarlah Terhadap Apa Yang Menimpa Kamu (surah Lukman : 17,,Wahai anakku! laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting

Jangan Campak Anak Anda ..... BERI PADA KAMI !!!

Saturday, February 13, 2010


Asalamualaikum wbt,

Jika anda sudah benci atau tidak lagi menyayangi orang-orang dibawah jagaan atau amanah anda, jangan menyeksa atau mendera mereka. Hantar kepada kami.... insyaAllah kami sanggup memikul amanah untuk menjaganya.


Jika anda tak berupaya menghantar, kami sudi pergi mengambil. Beritahu kami dimana lokasi yang perlu kami pergi ambil.

TALIAN YPNet 24 JAM 1700 800 020
ATAU SMS KE 019-2144214


Terima kasih


-------------------------------------------------------

YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon :03-87332411
Fax :03-87332967
EMAIL : presiden@...
--------------------------------------------------------------

AMARAN
:

Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila telefon 019-2144214 (24 jam).

~Dipetik dari http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/message/44560
Melalui http://lenggangkangkung-my.blogspot.com~